Waktu dan ketika ini saya nak join segmen terbaru dari En Ben. Sesiapa yang berminta nak join boleh sahaja. Sila klik ini, untuk info lebih padat. [lengan gym]
Nah jom tengok saya punya jawapan :
1) Nama sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk tahun?
~ Sek. Ren. Keb. Anak Kurau (1992-1993) + Sek. Keb. Toh Sajak ( 1994-1997) & Sek. Men. Keb. Dato' Kamaruddin (1998-2003)
2) Aktiviti kokurikulum yang korang ceburi?
~ Ahli Koir, Ahli Tarian.
3) Jawatan yang disandang dahulu?
~ Seorang Pengawas Sekolah (dari sek. rendah - sek. menengah) hehe...
4) Nama guru kesanyangan korang?
~ Zainal Abidin (cikgu sains), muka seiras Hritik Roshan.
5) Subjek paling disukai dan tidak suka?
~ Paling suka sains dan seni. Yang tidak suka sejarah.
6) Kawan baik masa sekolah?
~ Nama dia Muhd Zamani. Sekarang sudah lama tidak berjumpa, kerana arah hidup yang sudah berubah.
7) Cita-cita masa sekolah dahulu?
~ Ingin menjadi seorang peguam a.k.a Lawyer. Tapi mama cakap saya memang seorang lawyer buruk.
8) Artis feveret masa sekolah dahulu?
~ Hritik Roshan sampaila sekarang. Saya pernah gelarkan diri Apezs Roshan. IC pon siap print ada muka dia haha..
9) Perkara yang tidak dapat dilupakan masa sekolah?
~ Saya pernah berkali-kali kena 'ngorat' dgn pelajar perempuan tetapi bukan sebaya. Dari tingkatan 3-5. Setiap pagi pasti ada surat didalam laci meja sekolah. Tetapi alhamdulillah tidak pernah terjebak dengan dunia cinta monyet. Pelajaran yg pertama.
10) Jika dapat kembali ke zaman persekolahan, apa yang ingin anda lakukan?
~ Saya ingin perbetulkan kehadiran saya waktu itu. Ingin sesekali menjadi seorang yang sangat berdedikasi dalam mata pelajaran serta aktiviti yang lain.
11) Ceritakan kenakalan yang tidak dapat dilupakan sewaktu sekolah dahulu?
~ Wawa bagaimana nak cerita. Mmg takde kisah nakal ni. Adehs!! Nanti saya fikirkan haha...