About Me

My photo
Cinta bukan terletak pd ucapan yg berulangkali..cinta tidak pernah berubah,cuma insan yg mengubah hatinya..Insan yg menangis kerana cinta bukanlah bererti jiwanya lemah,tetapi itulah diantara bukti sebuah cinta yg hebat dan bukanlah suatu permainan.. Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta krna hakikatnya jodoh e2 bukan ditangan mnusia..atas kasih syg Allah, kau dan dia dipertemukan dan atas limpahan ksihNya jua kau dan dia dipisahkan krna hikmah yg tersembunyi. Prnahkah kau terfikir kebesaranNya??
online counter

Sunday, October 31, 2010

|| Prolog : DUNIA YANG SATU ||


Tajuk : Dunia Yang Satu
Penulis : M. Hafiz
Cerita ini berdasarkan kisah yang telah dilalui oleh individu dan tiada kaintan antara mati ataupon yang masih hidup.

PROLOG

“Kak Liza buat apa tu?” Faresh menegur wanita separuh umur yang duduk disebelahnya. Liza begitu khusyuk memandang paparan diskirnnya.

Facebook la, kau tak ada ke Faresh..” Liza membalas dengan selamba.

Faresh terus beransur ke tempat duduk beliau. Paparan skrin diteliti dengan kemas, kata-kata Liza masih terngiang-ngiang dimindanya ketika ini. Lantas jari-jemarinya pantas menekan laman sesawang facebook. Diamati setiap ayat-ayat yang dipaparkan. Faresh begitu gembira setelah bertungkus lumus untuk mendaftarkan diri pada sesawang facebook. Kini beliau menerokai dengan lebih dalam. Sasaran beliau ingin mencari kenalan baru, untuk dijadikan sahabat. Setelah bertungkus-lumus dengan menerokai laman sesawang facebook


“Kau nak balik pukul berapa?” sapa Liza kepada Faresh.



“Jam mesin perakam waktu dah berbunyi ke kak?” balas faresh.


Belum sempat Liza mebalas pertanyaan Faresh. Jam mesin perakam waktu pun berbunyi. Waktu kerja untuk hari itu sudah tamat. Hati Faresh masih tidak mahu berganjak dari menerokai laman sesawang facebook. Dinekadkan diri bangun dan bergerak menuju ke mesin perakam waktu bagi mengakhiri waktu bekerja pada hari ini.


Nafas lega dihembus dengan perlahan-lahan, cara untuk menjaga kesihatan. Kepala beliau disandarkan ke kepala sofa yang empuk berwarna hijau lumut. Keletihan begitu jelas diwajah Faresh. Ketika ini hatinya begitu tidak tenteram, bukan dek kerana kerja tapi dipengaruhi oleh laman sosial tersebut. Nekad beliau esok adalah hari terjahan yang perlu diusulkan. Laman sesawang itu begitu menghairahkan beliau sehingga fikirannya melayang entah kemana. Sehinggakan teguran teman serumah Faresh tidak dijawabnya. Perlahan-lahan beliau bangun masuk kedalam bilik untuk bersiap-siap menunggu azan waktu magrib yang tidak lama lagi akan  berkumandang disurau yang berdekatan dengan rumah Faresh.


Setelah selesai menunaikan kewajipan yang periu dilaksanakan. Bergerak dengan savvy milik kawan serumah beliau menuju ke kedai mamak berkembar untuk memenuhkan perut yang hampir kosong disebabkan waktu tengahari beliau tidak menjamah makanan kerana lebih suka melelapkan mata sekejap. Nasi goring ayam, roti kosong, mee goring, teh tarik, milo ais, air suam dan limau suam dihabiskan dengan pantas oleh Faresh dan dua rakan serumahnya. Waktu dah hamper larut malam, Faresh bersiap  sedia untuk melelapkan matanya, agar matanya tidak akan sembab bila bangun awal pagi esok. Tetap juga dengan bedak sejuk dimuka Faresh.

Friday, October 29, 2010

|| nak muKa caNtik kaN ||

Vitamin yang popular masa kini yang terhangat di pasaran diperkatakan didalam akhbar dan majalah dan lebih terkenal kerana dikatakan suntikan nya boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin . Adakah benar begitu ?? atau sekadar khayalan ….

Vitamin C adalah vitamin larut air juga di kenali sebagai Ascorbic Acid
Ia amat diperlukan oleh badan manusia kerana ia tidak boleh dibina secara semulajadi oleh badan manusia , oleh itu ia perlu diambil secara oral atau suntikan .

Vitamin C dari sumber semulajadi ( dari makanan ) ataupun yang di sintesis ( L – Ascorbic Acid) adalah sama secara kimianya dari segi fungsi didalam tubuh badan manusia untuk keperluan fungsi biokimia badan.
Kekurangan vitamin C didalam badan akan menyebabkan penyakit yang dinamakan SCURVI yang banyak dihidapi oleh pelaut-pelaut pada masa dahulu kerana pemakanan mereka yang tidak mengandungi vitamin C.

Fungsi Vitamin C :
  • Diperlukan dalam penghasilan Kolagen ( Collagen ) semulajadi badan , di mana kolagen ini amat penting sebagai struktur utama komponen dalam saluran darah , tendon, ligaments , tulang , gigi ,rambut dan kulit
  • Penting untuk penghasilan bahan neurotransmitter & hormone norepinephrine , di mana bahan – bahan ini amat kritikal didalam fungsi otak & saraf manusia .
  • Sebagai bahan ANTIOKSIDA didalam tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke , barah dsbgnya. Radikal bebas ini terhasil secara semulajadi didalam tubuh kerana proses-proses biokimia didalam badan dan juga disebabkan oleh faktor luaran seperti pencemaran ( air, udara , makanan) , stress, toxin , pancaran sinar ultra ungu ( UV light ) dari matahari dsbgnya
  • Membantu untuk mengaktifkan agen –agen antioksida yang lain didalam tubuh seperti Vitamin E , Glutathione dsbgnya
  • Untuk sintesis bahan yang dipanggil L-Carnitine yang bertanggungjawab memindahkan molekul lemak kedalam sel-sel yang lain untuk menjana tenaga tubuh dan pembinaan otot –otot badan.
  • Membantu dalam metabolisme kolesterol didalam badan untuk membentuk asid hempedu ( Bile Acids) oleh itu ia membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dan mencegah batu karang didalam pundi hempedu ( Gall Stone )
  • Sebagai coenzyme didalam tubuh badan yang membantu dalam proses biokimia menjadikan bahan proline dan lysine kepada Hydroxyproline dan Hydroxylysine sebagai struktur asas untuk pembinaan kolagen 
Faedah – faedah kesihatan Vitamin C :
  • Mengekalkan integrity tisu badan seperti kulit , lapisan mukosa oleh itu membuatkan kulit menjadi lebih licin, tegang , cerah & berseri , membantu menghilangkan kesan –kesan jeragat dan bintik hitam pada kulit disebabkan terdedah pada cahaya matahari.
  • Membantu dalam proses penyembuhan luka pada kulit dan lapisan mukosa tubuh (mulut, paru-paru & system gastrousus )
  • Menjaga keutuhan system saluran darah dan mencegah pegerasan saluran darah oleh itu membantu mencegah penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung koronari ,stroke (angin ahmar), kerosakan buah pinggang dsbgnya
  • Membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah oleh itu mencegah penyakit seperti sakit jantung koronari , darah tinggi , stroke dsbg
  • Membantu dalam mencegah penyakit barah ( kanser) dengan fungsinya sebagai bahan antioksida yang meneutralkan radikal bebas & mencegah kerosakan sel-sel tubuh yang boleh menyebabkan kanser.
  • Membantu dalam proses detoksifikasi bahan –bahan pencemar didalam badan seperti bahan logam berat ( Plumbum,raksa & arsenic)
  • Meningkat tenaga & mencegah rasa keletihan yang melampau disebabkan Stress , Pemakanan , Pencemaran persekitaran
  • Mencegah penyakit SCURVI & membantu mengurangkan tahap penyakit(severity) demam ,batuk & seisema ( Upper Respiratory tract infection)
Kesan Sampingan
  • Diarrhoea - hanya jika dos terlalu tinggi diambil melalui mulut ( oral)
  • Suntikan – sakit & pedih pada tempat suntikan jika disuntik tidak dalam saluran darah
  • Secara amnya Vitamin C yang diambil tidak memberikan kesan sampingan yang buruk walaupun pada dos yang tinggi, malahan terdapat banyak kajian yang dijalankan oleh para saintis yang menunjukkan vitamin C pada dos yang tinggi tidak merbahaya dan baik untuk kesihatan
Orang yang dicadangkan tidak mengambil suntikan Vitamin C :
  • Kanak –kanak umur kurang dari 15 tahun
  • Wanita yang mengandung
  • Pesakit Buah pinggang yang memerlukan rawatan Haemodialysis



Thursday, October 28, 2010

|| saPe caKaP taK mamPo0 ||

kuh kuh kah kah kah.. Itu ayat yang pertama yang apezs nak cakap. gilerh! tidak mahu ketawa. hari ini adalah hari bersejarah dalam hidup apezs. dapat melihat sebuah kereta yang sekecil molek tapi compact. digelarkan oleh syarikat pengeluar PERODUA dgn nama upgradenya VIVA ELITE. Fuhhhh semakin dikagumi ramai. mahu tidak, kereta kecil tapi mampooou.. Ko mampou?

hari ini apezs lunch dekat Alamanda ditemani 2 rakan rapat. bertempatkan di Lemongrasss, Alamanda. tempat lot nie arini adalah last untuk beroperasi. selepas ini akan berpindah ke Bukit Jalil. sudah tiada lagi Lemongrass or asam laksa untuk apezs. Nak diceritakan bukan ini.. yang ini :-
sedang enak mendengar lagu yg berputar-putar kat radio. sebuah kereta Viva Elite putih mengekori ku dari belakang utk beratur mengambil tiket masuk parking. semasa masing2 hendak memarkirkan kereta. dia(viva) didepan parking aku, sepintas apezs melihat ke kerusi penumpang dan kembali memalingkan muka ke hadapan bertentang dgn Viva tersebut.
terpacul lah 7 orang bernisbahkan 1:6. 1 orang lelaki 6 orang perempuan. salah drnya bole dikatakan berbadan sedikit berisi.
cuba anda bayangkan, dalam keadaan fizikal viva tersebut. dimanakah letaknya mereka2 ini. sebelum apezs keluar dari kereta, berdekeh2 apezs gelak dalam kereta sambil mencari dimana penyelesaianya. tercari2 adakah mempunyai kereta yang lain. walhal disitu mmg tiada kenderaan lain, selain Viva tersebut. mengucap pajang apezs. sambil ketawa berdekeh2. perkara ini tidak pernah terlihat oleh apezs. kelakuan yang mencuit hati ini tidak dapat apezs hentikan macam itu sahaja. terbawa2 sehingga kesaat ini. apezs tabikla tuan punya kereta Viva Elite berwarna putih ini. seorang perempuan oke!!!!..

~INILAH REMAJA-REMAJA EKSTREAM~
Tak sempat amik pic kereta dia. :)

|| daH jaDi memBersHip ||






akhirnya aku dapat juga membership card dengan Watsons. selama ini aku cari dimanalah nak daftar, kena beli ke atau kena online. cuma daftar sendiri dan card perlu didapati di Watsons yang berdekatan sahaja dengan nilai RM12.00 caj untuk seumur hidup.



selepas ini kalau nak bershopping dengan sangatlah gembira sebab boleh dapat point dengan mudah serta redeem dia not bad la.sesiapa nak apply silalah melawati Brands Watsons yang berdekatan dgn korang.




Wednesday, October 27, 2010

|| kEjahIlan sGt kaU ||

aku baru je nak happy hari ni, kenapa lah ada saje
orang yang tak berpuas hati ngan aku. atau aku yang
tak berpuas hati ngan derang. ape pon semua tu
biasa saje. janganlah kacau hidup aku sangat, 
aku berkawan semua nak happy-happy.
nie kenapalah korang asik nak 
jatuhkan mood aku jela.

korang ingat mood aku nie jual beli ke. suka suki 
korang aje nak tengok kan.aku ni dah buat 
terbaik untuk korang. 
ape masalah korang lagi nie. 
kalau korang xpuas 
hati cakap la. aku dah penat la..
sikap korang buatkan aku menyampah. 
sama dengansikap VAVI la korang nie.

ko dgn kawan ko sama je. tak ada beza sangat
pon. habisla kalau mcmnie aku myumpah sarapah aja.
benci dengan semua nie. aku nak ceria bukan derita.

Tuesday, October 26, 2010

|| tElaTah saHaJa ||

yerp today apezs merasa sedikit sedeh atas ape yang berlaku sejak kebelakangan ini. tapi tetap tabah dan gigihkan diri untuk melupakan apa sahaja yang berlaku tanpa apezs yang meminta.

selepas bertungkus lumus untuk menyelesaikan kerja pada hari ini, sebentar merehatkan diri dengan membuka laman sesawang sosial. apa lagi kalau bukan facebook zaman kini hehe.. tengah kusyuk membalas komen, mengupdate status dll. apezs terlihat satu klip video yang masanya agak singkat sahaja dirakam.

apezs klik video tersebut didapati diruangan salah seorang member apezs shah.. klik sahaja vdeo tersebut, begitu teruja utk melihat. tetapi operasinya agak lembab, jadi apezs ambil keputusan biarkan dalam 5minit. selesai sahaja operasi loading klik play. satu adegan monyet digeletek oleh tuannya.

tetapi suara didalam klip video ini bukanla si monyet tersebut.
tetapi kelakar yang amat sangatlah. apezs yang tadinya bermuram durja serta bergundah gulana telah kembali tersenyum seperti biasa.
telatah video ini begitu menarik, sehinggakan apezs sanggup untuk upload video ini untuk dijadikan simpanan masa akan datang.. nak lihat
klik video dibawah. senyumlah selalu yea!! muaahs sayang korang.

 


|| kaRang Laa.. ||


salam selamat pagi uols.. cinta datang cinta akan pergi, mana pula disamakan dengan sahabat yang seorang. tiada silih manakan pula berganti. penulisan yang sangat ingin aku lakukan, sekarang ni niat untuk menulis terlalu kuat. begitu sekali pun, mencari penghalang dalam diriku adalah idea yang kurang datang mendampingi. bila kita membaca sesebuah penulisan atau novel yang dibukukan, seawal mungkin nak menghabiskan. betol tak!?. tapi baru kini ku sedari, bukan begitu senang untuk pengarang novel atau apa sekali pon untuk mengarang cerita yang ingin disampaikan dengan baik. apezs semalam bertungkus lumus memerah otak untuk mengeluarkan idea yang teringin disampaikan kepada semua kenalan. baru masok bab prolog, satu muka surat pon susah nak dikarang. begitu perit untuk memerah rupanya haha.aku inginkan idea yang dapat membantu merealisasikan penulisan aku yang ingin diketengahkan dalam kehidupan setelah diriku menapak di bandaraya Putrajaya. tapi tungguuuuuu itu hanya salah satu isi hehe..

Monday, October 25, 2010

|| oh! maN ||

salam selamat pagi uol's, huh! untuk ari ini terasakan seperti tidak dapat menceriakan hari-hari aku. penat untuk tersenyum gembira, tersenyum suka. hanya mampu utk ku melemparkan senyuman yg biasa kurang senang. pagi ini tetap paper online ku terjah. cuma xdpt nak kongsikan hari ini. kurang berniat utk dikongsikan. klik saja pada label mungkin dapat membaca kejadian pd arinie. ah! tension kenapa sanggup ini semua terjadi. kesalahan apakah yg aku dah lakukan pd korang hah. sampai aku tak mampu utk berhenti berfikir. aku cukup menyampah.. I Hate You!!!! ... get lost from me. diri dah semakin mampir.cubalah apa yang terdaya utk hari ini, aku hanya mampu berserah selepas melakukan apa yg termampu.

p/s : akan melihat adegan seterusnya.

Sunday, October 24, 2010

|| PKU e'ku ||

|| Before nak pergi melawat member sempat juga nak bergambar dalam STAR ||


|| ada tak mcm 'model' ||

|| Kacau aje dia tuh ||

|| nie la orang yg sakit tuh ||




|| apakah? ||










selamat petang korang. salah seorang dari member PKU masok sepital. Katanya ada effect dari peristiwa lama. seperti kes kemalangan. ape-ape pon kami(PKU  Groups) mendoakan kesihatan utk u ajoys.. Moga cepat sembuh. nanti tak ada sape nak amik pic I dah...:)

Friday, October 22, 2010

|| taK saNgka ||

Tidak sangka korang mcmtu,
apelah yang aku dah buat. Sampai korang tinggalkan
aku sorang². Pergi jumaat mcmtu aje, tak apela lepas nie.
Aku tak followla korang. Aku akan pergi sendiri. Aku nie menyusahkan korang
tu yg sebabnya tak diajak. Ok FINE!!

Biar langit diatas berbunyi kuat, tapi aku bukan seperti itu.
Tak kan sedetik berdentum kuat jika aku masih mampu menahan.
Biasalah kalau hidup korang pon tak sama dengan cara hidup aku.. kita mmg
berbeda dari seginya. Cuma yang sama dalam pegangan itu.
Setitik nila tak kan nak musnahkan semuanya.
Aku belajar dari kesilapan ini!!~

*p/s : aku hanya manusia kerdil.

|| gaDgeT tErkINi ||

Komputer MacBook Air
Selamat pagi uols. Fuhh pagi nie sebelum mulakan kerja mcm biasalah, ON paper online dulu. Cuma bezanya pagi nie tak sarapan pagi. Agak malas nak berjalan utk membeli sarapan pagi. Takapela brunch je teruskan hehe. Ape pulak yea kesah paper pagi nie. Alah nak bercerita pepajang sangat tak perlula rasanya. Mmg banyak cerita yg menarik pagi² yg terkandung dalam paper online. Pelbagai bole dibaca, apezs nak listkan sedikit :

1-  Lady Gaga tak dapat buat persembahan disebabkan mogokkan oleh rakyat² Britain yang masih berleluasa.
2- Wah Raja Farah bakal menamatkan zaman bujang tau. Gituuukan muda-muda dah kawen!!
3- Bakar rumah guru kerana cemburu. Ini disebabkan cikgu tu melayan orang lain ahakz..!!
4- Bakal doktor mati di Bandung. Ini musykil betul la, sebab punca kematian tidak diketahui lagi. Kesian arwah.

Memang banyaklah isu-isu terkini yang nak dikongsikan dalam paper tu. Oooops terlupa dengan tajuk yang sebenar pula, mean dah tersasar pula. Okehla nak cerita pasal gadget terbaru dari keluaran Syarikat komputer Apple Inc. Gambar dia seperti mcm atas dan ini
Nampak tak!?? Menarikkan, giler gempaklah. Dah keluaran dia semuanya jenis yang tahan lasak dan peranti yg begitu bagus. Sekarang dia buat pula keluaran yg ternipis, GOD! Sape nak kata.. Mmg menarikla, cuma mcm apezs tak dapatlah nak belikan. Yang mampu tu bole la.Fuhh mmg berbaloi nie jika ada yang membeli. Kompem seronok puas. Abg angkat apezs ada satu jenama Apple nie. Rasanya lepas nie kompem dia tukar yang baru mcmnie. Biasala peminat setia keluaran Apple's Gadget.  Harga dia okeh jugala. Cuma kan dia as a Komputer MacBook Air nie kan tidak bole membaca Cakera Padat (CD) ataupon Cakera Padat Digital (DVD). Kerana dia seperti iPhone yang hanya menggunakan memori flash. Tetapi menarik juga. Harga-harga bagi Komputer MacBook Air pelbagai dgn size serta berat : RM3,103 dengan storan memori 64 gigabit, RM3,725 ia dilengkapi dengan memori 128 gigabit, RM4,035 dengan kapasiti 128 gigabit atau RM4,968 bersama storan 256 gigabit.



Thursday, October 21, 2010

|| iLmu HiTaM ||

'ILMU HITAM'
Apakah punca sebenar yang sedemikian telah dilakukan kepada orang lain? Apakah yg dimaksudkan ye. Cuma ingin tahu kenapakah pengilmu hitam ini suka sangat ingin mencuba ilmunya terhadap pihak yg tidak bersalah apetah lagi berdosa kerana inginkan kepastian terhadap tahap ilmunya. Apezs sendiri sukar mengerti ketidakpuasan hati mereka. Bukan tidak percaya dengan ilmu-ilmu ini, cuma tidak kesemua ilmu yg dituntut itu adalah benar atau ilmu itu tidak lari dr landasanya. Apezs benar hairan dengan sikap pengamal ilmu hitam ini. Apakah dosa seseorg itu utk diperlakukan sebegini rupa. Apakah pula yang didapati oleh beliau dgn segala yang telah dilakukan. Apakah yang patut dilakukan oleh pihak yg terkena ini. Zaman dahulu mmg tidak lari dari semua ini, cuma zaman moden zaman kini zaman globalisasi zaman IT masihkah ada??.. Tapok dada tanyalah minda. apezs begitu sedeh, my friends tidak berdosa dan bersalah langsung.

|| NewsPapeR 0NLiNe ||

salam morning kepada semua blogger², sahabat handai, kenalan rapat, kenalan merapek serta pd kawan 'muka buku' apezs shah. Sebelum lakukan kerja, pepagi nie on paper online sambil breakfes. Nasi goreng pagi nie sedap la pula, ada ikan bilis goreng. Sambil makan sambil la membaca paper online. Banyak yg best utk dibaca hari nie. Tak sangka rupenya yg berlaku di Britain kelmarin tu bukan disebabkan protes ttg kenaikan umur pesara semata-mata tetapi bajet yg dibentangkan. Kerajaan Britain telah menaikan cukai, menurunkan gaji pekerja serta mengurangkan pekerja sektor awam. Itu salah satu yg telah dicatitkan dalam paper arinie. Cerita selama ini yg dibaca skrang baru tahu kisah yg boleh dikatakan benar. Walaupon kita negara yg nilai mata wang tidak setinggi mereka, tapi alhamdulillah syukur walaupon bajet yg dibentangkan sesetengah atau segolongan tidak menyenangi. Rakyat masih waras utk berfikir dengan tenang walaupon hati bergelora. Tak mahula ada sikap mcmtu, membahayakan perjalanan kerja setiap orang sahaja. Yang mana bole dibincang sebetulnya dibincang mungkin tidak perlulah dengan memprotes dengan kadar yg berat. 


Itu adalah salah satunya, cuma disini apezs nak kongsikan paling menarik juga. APABILA lelaki bernama Dr. Brady Barr memutuskan untuk menyarungkan ‘kostum’ buaya bagi mendekati, mengenali dan memahami realiti kehidupan sebuah koloni buaya yang diketahui merupakan haiwan pemangsa yang ganas di sebatang sungai di Tanzania pada tahun 2007. Siapa sanggup!?? Ko mampoooou? I xmampu uols..!! Giler kan Dr. Brady nie. Tapi nak diceritakan kat sini itu adalah salah satu aktiviti atau cara yg dia lakukan bagi mengenali serta mengetahui segala apa yang sebenarnya terjadi dalam dunia haiwan ganas nie. Dia bukan setakat bergaul dengan buaya malahan banyak lagi haiwan ganas yg lain seperti ikan jerung, ular berbisa, badak air, sotong gergasi dll. Banyak yang nak disebut tapi tak mampu terlalu banyak. Dia menyamar seekor buaya mmg tidak terfikir dek orang la. Bukan calang² buaya dia masok nak selidik. Merupakan daripada jenis Nile yang boleh membesar sehingga 6.1 meter (20 kaki) panjang.Fuhhh perasaan lega yg dilafazkan jela. Memang pelbagai kesah dalam berita setiap hari, cuma nak tak nak je membaca. Apezs selalu membaca paper online nie disebabkan apezs jarang tgk berita atau TV. Sarapan pon dah habis, kerja pula sudah menunggu. Harapkan semua enjoy the day okeh..


**p/s http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1021&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm 
kalau nak melihat gambar² dia di dunia haiwan ganas..:)

Wednesday, October 20, 2010

|| nOveLa paveRed ||

Morning selamat pagi guten morgen. Ape lagi nak disapa ye hehe, banyak benda dalam dunia nie yg bole kite lakukan. Salah satu yg apezs buat, membaca. Tidak kira membaca Novel, majalah², surat khabar dlL. Yg nak dikongsikan ini, Novel yg bertajuk "Baju Pengantin", apezs baca novel nie kira bole lah juga menimba cara² orang nak bercinta sehingga sampainya kejinjang pelamin.Boleh mcmtu x!? hehe.. Cerita dia menarik, sungguh kagum dengan susun cara dia. Gaya persembahan yg diterapkan dalam novel nie. Bukan nak bangga tapi seronokan kalau diriku berada dalam ambang mcmtu. Bahagianya!! Indahnya Dunia!!.. Hanya kerana solekan yang perlu dibuat kerumah kawanya sempena Upacara Pernikahan. Terpaut hati bila kebetulan terserempak. Menjadi igauan dalam mimpi utk ketemu lagi. Mengikut naluri mahu mencari lagi si jantung hati. Ah!! Indahnye Dunia itu. CUMA persoalannya apakah yg diceritakan akan menjadi realiti dari alam fantasi.!?? Itu yg sukar nak digambarkan. Tidak tercapai dek akal.!! Banyak benda yg mudah dapat tidak mudah tercapai. Wallaweih kena la timba sendiri.Nak cari kekasih mmg mudah cuma nak cari pasangan hidup semati yg sukar nak dapat. Keadaan tidak pernah memaksa seseorg untuk dijadikan mangsa, tapi mangsa yg suka menjadi mangsa. Jadi diri sendiri lebih baik dr menjadi diri orang lain. Mana yg baik dariNya, yang buruk sudah tentu dr diri ini..

Tuesday, October 19, 2010

|| aPalah kaWan² yG ku sYang NiE.. be MaTurE pLEasa ||

DULU korang adalah tempat apezs melepaskan segala suka duka. KINI entah kemana semua itu pergi. Bukan kerana korang sudah hilang dari pandangan. Bukan juga korang telah hilang dari sudut hatiku. Tapi entah dimana silapnya, kita sahabat kepada adik beradik pada semua telah hilang arah masing². Tunjuk kepada org itu, tujukan pula pada org ini. Mana sikap menghormat, mana pergi sifat sejati, mana pula hilang sikap toleransi. Sikap masing² ingin menunjukkan diri sendiri begitu bertuah mendapat itu mendapat org ini. Masing tidak memikirkan akibat, tidak memikirkan tersirat kpd pihak yg lain.. Pihak yg ingin mendamaikan keadaan seperti dahulu kala. Bukan dahulu kala era 80an, tidak!!! tapi seperti sahabat yg mengenali antara ikatan adik beradik. Tiada ikatan antara darah sekali pon tetapi ikatan sebagai seagama boleh juga dibangga bangga kan. Tiada makna langsung bagi gelaran-gelaran yang diberi. Itu hny gelaran bukan utk dibanggakan, yg perlu dibanggakan adalah sikap,sifat,adab,niat tdk lupa pada hormat kepada diri sendiri serta orang lain. Sikap ini bukan untuk menyenangkan diri sendiri sepatutnya, ia utk semua pihak. Agar ikatan yg lama telah disatukan tidak mudah untuk digoyahkan. Bukan niat apezs utk menuduh semua, tapi ingin meluahkan rasa hati yg melihat keadaan ini makin hari makin 'worst' . apezs SAYANG pada semua kenalan apezs nie, siapa lagi yg bole buatkan apezs keriangan seronokkan kesukaan kegembiraan kalau bukan korang selain kekasih hati. Masing² usia sudah meningkat, bukan makin menurun. Kalau boleh buangla yg keruh amik sahaja air yg paling jernih jika itu satu-satunya kedamaian. Mana hilangnya sahabat kalau tercalitnya NIAT!!... Mana perginya adik kalau terpalitnya hormat. Biarkan orang mengata tapi jangan sahabat bersengketa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Q Jerit Cepat !


ShoutMix chat widget

Followers Q