About Me

My photo
Cinta bukan terletak pd ucapan yg berulangkali..cinta tidak pernah berubah,cuma insan yg mengubah hatinya..Insan yg menangis kerana cinta bukanlah bererti jiwanya lemah,tetapi itulah diantara bukti sebuah cinta yg hebat dan bukanlah suatu permainan.. Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta krna hakikatnya jodoh e2 bukan ditangan mnusia..atas kasih syg Allah, kau dan dia dipertemukan dan atas limpahan ksihNya jua kau dan dia dipisahkan krna hikmah yg tersembunyi. Prnahkah kau terfikir kebesaranNya??
online counter

Friday, October 29, 2010

|| nak muKa caNtik kaN ||

Vitamin yang popular masa kini yang terhangat di pasaran diperkatakan didalam akhbar dan majalah dan lebih terkenal kerana dikatakan suntikan nya boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin . Adakah benar begitu ?? atau sekadar khayalan ….

Vitamin C adalah vitamin larut air juga di kenali sebagai Ascorbic Acid
Ia amat diperlukan oleh badan manusia kerana ia tidak boleh dibina secara semulajadi oleh badan manusia , oleh itu ia perlu diambil secara oral atau suntikan .

Vitamin C dari sumber semulajadi ( dari makanan ) ataupun yang di sintesis ( L – Ascorbic Acid) adalah sama secara kimianya dari segi fungsi didalam tubuh badan manusia untuk keperluan fungsi biokimia badan.
Kekurangan vitamin C didalam badan akan menyebabkan penyakit yang dinamakan SCURVI yang banyak dihidapi oleh pelaut-pelaut pada masa dahulu kerana pemakanan mereka yang tidak mengandungi vitamin C.

Fungsi Vitamin C :
  • Diperlukan dalam penghasilan Kolagen ( Collagen ) semulajadi badan , di mana kolagen ini amat penting sebagai struktur utama komponen dalam saluran darah , tendon, ligaments , tulang , gigi ,rambut dan kulit
  • Penting untuk penghasilan bahan neurotransmitter & hormone norepinephrine , di mana bahan – bahan ini amat kritikal didalam fungsi otak & saraf manusia .
  • Sebagai bahan ANTIOKSIDA didalam tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke , barah dsbgnya. Radikal bebas ini terhasil secara semulajadi didalam tubuh kerana proses-proses biokimia didalam badan dan juga disebabkan oleh faktor luaran seperti pencemaran ( air, udara , makanan) , stress, toxin , pancaran sinar ultra ungu ( UV light ) dari matahari dsbgnya
  • Membantu untuk mengaktifkan agen –agen antioksida yang lain didalam tubuh seperti Vitamin E , Glutathione dsbgnya
  • Untuk sintesis bahan yang dipanggil L-Carnitine yang bertanggungjawab memindahkan molekul lemak kedalam sel-sel yang lain untuk menjana tenaga tubuh dan pembinaan otot –otot badan.
  • Membantu dalam metabolisme kolesterol didalam badan untuk membentuk asid hempedu ( Bile Acids) oleh itu ia membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dan mencegah batu karang didalam pundi hempedu ( Gall Stone )
  • Sebagai coenzyme didalam tubuh badan yang membantu dalam proses biokimia menjadikan bahan proline dan lysine kepada Hydroxyproline dan Hydroxylysine sebagai struktur asas untuk pembinaan kolagen 
Faedah – faedah kesihatan Vitamin C :
  • Mengekalkan integrity tisu badan seperti kulit , lapisan mukosa oleh itu membuatkan kulit menjadi lebih licin, tegang , cerah & berseri , membantu menghilangkan kesan –kesan jeragat dan bintik hitam pada kulit disebabkan terdedah pada cahaya matahari.
  • Membantu dalam proses penyembuhan luka pada kulit dan lapisan mukosa tubuh (mulut, paru-paru & system gastrousus )
  • Menjaga keutuhan system saluran darah dan mencegah pegerasan saluran darah oleh itu membantu mencegah penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung koronari ,stroke (angin ahmar), kerosakan buah pinggang dsbgnya
  • Membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah oleh itu mencegah penyakit seperti sakit jantung koronari , darah tinggi , stroke dsbg
  • Membantu dalam mencegah penyakit barah ( kanser) dengan fungsinya sebagai bahan antioksida yang meneutralkan radikal bebas & mencegah kerosakan sel-sel tubuh yang boleh menyebabkan kanser.
  • Membantu dalam proses detoksifikasi bahan –bahan pencemar didalam badan seperti bahan logam berat ( Plumbum,raksa & arsenic)
  • Meningkat tenaga & mencegah rasa keletihan yang melampau disebabkan Stress , Pemakanan , Pencemaran persekitaran
  • Mencegah penyakit SCURVI & membantu mengurangkan tahap penyakit(severity) demam ,batuk & seisema ( Upper Respiratory tract infection)
Kesan Sampingan
  • Diarrhoea - hanya jika dos terlalu tinggi diambil melalui mulut ( oral)
  • Suntikan – sakit & pedih pada tempat suntikan jika disuntik tidak dalam saluran darah
  • Secara amnya Vitamin C yang diambil tidak memberikan kesan sampingan yang buruk walaupun pada dos yang tinggi, malahan terdapat banyak kajian yang dijalankan oleh para saintis yang menunjukkan vitamin C pada dos yang tinggi tidak merbahaya dan baik untuk kesihatan
Orang yang dicadangkan tidak mengambil suntikan Vitamin C :
  • Kanak –kanak umur kurang dari 15 tahun
  • Wanita yang mengandung
  • Pesakit Buah pinggang yang memerlukan rawatan Haemodialysis



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Q Jerit Cepat !


ShoutMix chat widget

Followers Q