About Me

My photo
Cinta bukan terletak pd ucapan yg berulangkali..cinta tidak pernah berubah,cuma insan yg mengubah hatinya..Insan yg menangis kerana cinta bukanlah bererti jiwanya lemah,tetapi itulah diantara bukti sebuah cinta yg hebat dan bukanlah suatu permainan.. Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta krna hakikatnya jodoh e2 bukan ditangan mnusia..atas kasih syg Allah, kau dan dia dipertemukan dan atas limpahan ksihNya jua kau dan dia dipisahkan krna hikmah yg tersembunyi. Prnahkah kau terfikir kebesaranNya??
online counter

Tuesday, December 14, 2010

|| Bab 3 : DUNIA YANG SATU ||


Tajuk : Dunia Yang Satu
Penulis : M. Hafiz 



BAB 3


Setiap hari pesanan ringkas sentiasa akan masuk ditalifon bimbit Faresh. Itu kalau tidak bukan dari Zaris lah, siapa lagi. Semakin hari semakin bertambah perasaan sayang Faresh terhadap Zaris. Yang setiap hari boleh dikatakan, selalu mencuit harinya dengan telatah Zaris. Hatinya kini sudah berbunga-bunga, tiada angin yang bisa menggegarkan rantingnya agar terjatuh kebawah. Tapi dia tahu perjalan masih panjang untuk dia merasakan semua ini lagi. Baginya dunia percintaan ini amat perit, pedih dan memakan diri yang amat sangat. Setiap hari bagi Faresh, perjalanan hidupnya perlu diberkati oleh Yang Maha Esa, tanpaN ya pasti dirinya akan terumbang ambing dengan dunia yang penuh pancaroba. Setiap kali matanya terbuka, ibubapa serta keluarga tercinta yang akan bermain difikirannya. Dipanjatkan doa semoga kehidupannya dicucuri rahmat. 


Faresh tidak senang duduk hari demi hari jika tiada berita dari Zaris. Pesanan ringkas dari Zaris makin hari makin berkurang, Faresh mula berfikir adakah ini semua berlaku kerana sikapnya yang tidak sedikit pun menghargai perkara yang telah dilakukan oleh Zaris terhadapnya. Dia merasakan sangat  bersalah dengan apa yang telah dilakukan terhadap Zaris. Kini dia berusaha untuk membetulkan kesilapan, yang selama ini dia telah lakukan. Dia merasakan adakah perbuatan yang telah dilakukan terhadap Zaris itu betul atau sebaliknya. Dengan itu dia cuba menghubungi Zaris.


“Assalamualaikum Zaris. Awak tengah buat apa sekarang? Ada masa untuk kita berborak sebentar?” Faresh berkata.


“Waalaikumussalam Faresh. Saya tak buat apa-apa pun, tengah lepak depan televisyen saja. Boleh  kalau awak nak berborak, tak ganggu pun. “Zaris membalas pertanyaan Faresh.


“Kenapa awak sekarang macam nak menjauh diri dari saya saja. Saya ada buat salah terhadap awak ke? Kalau rasa saya yang melakukan kesalahan yang awak rasakan itu, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukan.” balas Faresh dengan nada yang agak sebak.


“Eh awak ok ke Faresh?” balas Zaris ringkas.
“Saya ok saja, cuma rasa seperti ada sesuatu yang tengah berlaku dekat awak.”  terang Faresh lagi.


“Awak ni sayang, saya dalam keadaan yang baik sajalah. Tak ada apa yang berlaku pon yang disebabkan sayang.” kata Zaris lagi kepada Faresh.
“Eh awak ni Zaris, sayang pula dia panggil saya. Awak bukan kekasih hati saya pun. Tak malu ye.” usik Faresh.


“Oh macamtu ke, saya ingat awak dah tahu tentang perasaan saya terhadap awak. Kalau macam itu saya merajuk dan terkilan dengan awak. Malu saya dengan keadaan macam ini.” Zaris merajuk dengan kata-kata Faresh. 
Faresh berasa amat bersalah dengan kata-katanya tadi. Kini dia cuba untuk mengeruhkan keadaan yang berlaku.


“Alah sayang manja Faresh ni merajuk pula dia, janganlah merajuk nanti dah tak kacak bergaya. Siapa nak melayan kerenah saya kalau sayang Faresh ni merajuk.” pujuk Faresh.


“Tahu pun kalau saya merajuk, siapa lagi nak melayan awak yang asik sengal-sengal ni kan. Awak panggil saya sayang la, suka saya rasa tau. Apa yang akan berlaku dengan kita ye selepas ini?” Zaris cuba pancing.


“What?? Awak panggil saya sengal, jahatnya awak. Kali ni saya pulak nak merajuk dengan awak faham!!!.” pekik Faresh. Terkejut Zaris dengan pekikkan Faresh.


“ Sayang, saya hanya nak bergurau dengan awaklah. Kalau bukan disebabkan  sengal comel awak ni, saya tak terpikat tahu. Janganlah pekik macam tu dekat saya, terperanjat saya.” giliran Zaris memujuk Faresh pula. 


“Tahu pun awak kan, sakit sangat ke telinga tu. Saya minta maaf ye, tak sengaja. Nanti kalau ada masa kita keluar lepak sama ye. Kalau awak ada masa lapanglah ok.”Faresh rasa bersalah dengan keadaan yang berlaku.
“Ok sayang, jumpa nanti. Selamat malam sayang” talian diputuskan.


Hati Faresh berbunga kembali dengan apa yang baru terjadi,  selama ini dia merasakan apa yang dilakukan tidak patut terhadap Zaris. Oleh itu dia ingin menebus kesalahannya dengan cara mengajak Zaris keluar dan belanja makan. Malam itu dia tidur tidak selena hari-hari yang lalu, Zaris sentiasa bermain dikepalanya. Apakah yang terjadi kepada dirinya sehinggakan tidur lenanya terganggu sekali. Bayangan wajah Zaris sentiasa bermundar mandir didalam ingatannya. Dia nekad esok nak berjumpa dengan Zaris, selepas habis waktu kerja.


“Morning Zaris. Sarapan dah ke?” mesej dr Faresh.
“Morning Dear. Beri salam dahulu, baru morning. Salam Faresh, saya dah sarapan pagi tadi. Awak pula?” balas Zaris.


 “Alamak saya terlupa la awak, jangan la marah ye.” kata Faresh.
“ Awak bila kita nak keluar lepak sesama lagi ni? Dah lama juga kita tak keluar dating kan.” balas Zaris.


“Ya Allah awak saya terlupa lagi la. Tujuan saya mesej awak pepagi ni sebab nak ajak keluar malam ini” faresh balas kembali.
“Awak ni macam dah usia 80 tahun saja, asik terlupa apa nak kena buat. (gelak besar)” Zaris mengusik Faresh.


“Amboi U tak sayang mulut ke? Dah lama pakai ke mulut tu?”Faresh  balas dengan ayat geram.


“Haish singa betina sudah marah la. Saya bergurau sahaja, awak janganlah cepat ambil hati dengan kata-kata saya tu ok. Boleh sayang kalau awak nak ajak saya keluar mala mini, esok kan kita cuti. Nak keluar mana pun boleh. Awak cakap saja, saya bawa awak pergi tempat tu. Ok?” Zaris memujuk kembali.


“Nasib awak baik tahu, sebabnya hari ini kan Jumaat. Jadi saya kena tenang sahaja. Saya ingat nak keluar ke KL la awak. Jom kita ke sana boleh tak?” Faresh member cadangan.


“Boleh je sayang, demi sayang abg turutkan. Ke Siam pun abg sanggup.” Faresh berjenaka.


“Ingat dah habis, masih nak kenakan saya lagi kan. Ni apa kes pula sampai nak ke Siam oh my dear?” Faresh balas dengan pertanyaan yang dia sendiri tidak tahu jawapannya.


“Awak, saya nak bawa ke sana sebab nanti boleh la kita kahwin. Ha kan seronok tu!” Zaris membalas mesej sambil ketawa sendiri.


“Sudah!! Apa yang awak merepek ni, cukuplah merapu dipagi hari ni. Pergi awak sambung kerja tu. Malam nanti kita jumpa ok, mesej saya bila dah gerak. Bye salam “ perbincangan tersebut terputus disitu sahaja.


Faresh terasa kekenyangan yang teramat sangat, selepas mengambil sarapan paginya. Pergerakkan dia pun hampir malas, untuk melakukan segala kerja yang tertangguh. Nekadkan juga dirinya untuk menghabiskan kerja yang ada. Esok sudah cuti, nanti kerja pada hari Jumaat menambahkan kerja untuk hari Isnin sekali. Pening kepala bila kerja asik bertimbun dan terasa muak dengan kerja yang sama dilakukan setiap hari. Bila agaknya pegawai atasan mahu tukarkan senarai tugas Faresh yang baru. Dia terfikirkan juga, mahu menukar  tugas yang dilakukan setiap hari. Meniliti setiap laporan yang perlu diambil kira, Erlis menegur Faresh.


“Faresh esok kamu buat apa?” bertanya Erlis kepada Faresh.


“Esok saya masih belum rancang, apa yang hendak saya buat. Kenapa ye Erlis?” dia balas pertanyaan Erlis sambil tekun membuat kerja.


“Kalau kamu masih belum ada rancangan, Lis nak minta tolong temankan pergi Jusco.” ringkas Erlis membalas dan berharap.


“Oh nak saya temankan Lis g Jusco, esok ye. Kalau dalam pukul 2 petang saya boleh la janji. Kalau awal sangat tu sya tak dapat nak berjanji. Mala mini saya ada hal nak kena buat, mungkin lewat juga saya balik. Boleh?” Faresh membalas dan merenung sayu kearah Erlis.


“Pukul 2 petang ye? Bolehlah kalau macamtu, sebelah pagi saya boleh kemas rumah dulu. Terima kasih, apa-apa Lis telifon Faresh ye.” balas Erlis dengan senyuman yang sampai ke telingan kerana permintaannya diterima Faresh. Erlis berlalu menuju ke meja kerjanya dan meninggalkan Faresh yang sedang tekun meneliti laporan bulanan.


Seharian Faresh berada di meja kerjanya kerana ingin menyiapkan laporan bulanan yang telah diamanahkan dengan serta-merta. Waktu untuk pulang ke rumah pula, Faresh terasa gembira yang tidak terkata. Sedia maklum baginya, malam ini adalah malam yang amat dia tunggu. Keluar dengan orang yang telah mengetuk pintu hatinya agar terbuka kembali. Keceriaan terpancar diwajahnya, tidak sabar untuk menunggu tibanya malam. Sesampai sahaja dirumah, baju kerja yang tersemat dibadan masih belum ditukar. Dek kerana beria-ia sangat mencari pakaian yang hendak dipakai malam kegemilangan ini. Satu persatu baju dicubanya, semua masih tidak dirasakan bersesuaian untuk dipakai. Dicarinya lagi sehelai demi sehelai dan akhirnya baju yang bersesuaian dengan moodnya telah dipadankan. Belum berfikir panjang, Faresh menuju ke sudut yang terletaknya seterika baju. Digosoknya baju itu dengan teliti dan kemas sekali. Tidak pernah dia menggosok baju seperti itu  dimana-mana baju sekali pun.




Malam dan waktu yang dinanti-nantikan hampir tiba. Faresh bersiap dengan bersungguh-sungguh kerana ingin berjumpa dengan buah hati pengarang jantung. Faresh berangan sorang-sorang sambil ketawa kecil dengan diri yang berada didalam cermin didepannya. Zaris telah sampai diperkarangan rumah Faresh. Dengan terburu-buru Faresh berlari-lari anak menuju ke kereta Zaris kerana tidak sabar melihat bakal kekasih hatinya.


“Wah cik adekku sayang, bergayanya malam ni. Kita nak kemana sebenarnya?” Zaris bertanyakan terlebih dahulu sebelum Faresh sempat menyematkan kedudukkannya.


“Abangku yang kacak, sabarlah dulu. Bagilah saya masuk kereta awak yang cantik ni terlebih dulu. Tak menyabar sangat dia ni. Saya nak ajak awak pergi LaQueen Club malam ni, boleh ke?” jawab Faresh.


“Lor kenapa awak tak bagitahu saya awal-awal. Tengok saya, ringkas sangat saya pakai. Tak macam awak tu, bukan main lagi bergaya. Tak acilah macamni” Zaris seakan membalas dalam keadaan merajuk.


“Merajuk pula, awak yang tak tanya siapa suruh.” perli Faresh.
“Yelah salah saya juga, bukan nak pujuk saya. Nak merajuklah kalau macamni” balas Zaris yang masih tidak berpuas hati.




Akhirnya Zaris mengalah dengan sendirinya. Memujuk sendiri hatinya yang sedang duka. Bergerak dan sampai mereka di destinasi yang dituju.

8 comments:

Anonymous said...

huhuh
dapat baca novel free!

apezs shah said...

|LI| Eh! Mana boleh baca free. Ada fees tau..:p thanks sudi baca.

El-Zaffril said...

Huhu... apezs... hati2 dengan ejaan ye... ekekeke... anyway dah semakin panjang setiap bab... yeahaaa... bagus2...

Next plz...

Bab 4 upload dalam masa sejam lagi kan... tak sabarnya

apezs shah said...

|Cikgu eL | Eh! bila masa pula lagi 1 jam.. pandai jelaaa..... Ok eL insyallah akan diperhatikan ttg itu..

Anonymous said...

suka gak karya ko...rajin ekk menulis...aku bakal pengikut setia karya ko nih..

apezs shah said...

|BK| Thanks yea coz sudi jadi pengikut setia untuk my NOVEL ni..;)

qasehraihan said...

saya dtg nk berkawan dan folow dia..folower ke-268, jemput jenguk dan folo kita ugek ye..keep in touch

sangat best karya ni..rajin ek??gud2

apezs shah said...

|Kak Qaseh| Salam..
Thanks datang sudi memfollow saya.. bakal disusuli utk di follow pulak.
saya berkarya kerana minat membaca serta menulis. Insyallah!! thanks kak..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Q Jerit Cepat !


ShoutMix chat widget

Followers Q