About Me

My photo
Cinta bukan terletak pd ucapan yg berulangkali..cinta tidak pernah berubah,cuma insan yg mengubah hatinya..Insan yg menangis kerana cinta bukanlah bererti jiwanya lemah,tetapi itulah diantara bukti sebuah cinta yg hebat dan bukanlah suatu permainan.. Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta krna hakikatnya jodoh e2 bukan ditangan mnusia..atas kasih syg Allah, kau dan dia dipertemukan dan atas limpahan ksihNya jua kau dan dia dipisahkan krna hikmah yg tersembunyi. Prnahkah kau terfikir kebesaranNya??

Friday, January 21, 2011

|| Contest jOm ||

Hallooooo [bunyi gema²]

Apezs nak ajak korang yg free dan sudi JOIN my contest. Nanti kalau ada yg sudi silakan lah yea. Jika sudi juga buatlah n3 utk promoted kan contest ini.
Okeh kalau nak join klik sini k --> [Header]

Thursday, January 20, 2011

|| Sweet Night Uol's ||

Salam... Kepada semua kaki blogger, saya nak ucapkan selamat malam. Jangan tidur lewat sangat tau. Esok yang mana dah mula keje tu, kena bangun awal tu hehe. Jadi jangan lupa tau bangun kerja, esok bukan cuti.

Lepas pada hari esok baru cuti hehe. Apezs pon rasa macam malas nak pergi kerja tapi kena kerja xnak ambil cuti awal tahun lagi ni. baiklah xnak bebel pajang, jom tidur yea. Selamat malam.

Wednesday, January 19, 2011

|| Jom Gegar Blog ||

Yeeee korang jangan jeles ye, apezs nak join segmen dari EN. Ben lagi. Ada sesiapa dekat sini nak join segmen ini? Boleh je, silalah buat demikian dengan cara klik sini --> [gegar dunia?]


Tahu tak segmen ape ni? Hah ni nak kasi tahu : JOM GEGAR BLOGKalau korang nak join boleh je. Jangan la terlupa untuk klik dan join okeh.!!!

|| Haruskah Saya Malu @ Hanya Tersenyum ||

Salam blogger² semua. Selamat Pagi sayang. Korang amacam? Sehat? Dah sarapan pagi ke? Makan ape? Apezs cam biasa lor makan nasi goreng hehe..

Hari ini ape cer uol's? Ada kabarewak sakontom baru ke? Hehe den nak share NEWs ngan korang ni. Walaupon kite sedar, kita ini punyai adat yg tersendiri tetapi dimanakah ia terletak?

Didadakah? Dihatkah? Dimatakah? Ternyata itu semua terletak pada masing-masing punya persepsi. Saya ada terbaca paper online tadi dekat Kosmo, kesahnya pasal masyarakat kita sanggup mengutip syiling yg bertaburan dan bukan haknya.
Adalah kejadian yg berlaku, cuma tak faham kenapa ovious sangat sehinggakan arahan keselamatan tidak diendahkan. Haruskah saya hanya tengok atau tersenyum?

p/s: Korang meih join saya dekat sini. Tak perlu dah nak buka FB kalau dah xsuka hehe. kilik ini [1malaysia]

Tuesday, January 18, 2011

|| Perghhh Mahal Gilerh! ||

Perghh korang tahu ada berita pasal petrol. Nak tahu lebih lanjut klik ini :-> [PETRO] biar yang benar rasanya. Kalau dia isi banyak tu, kita yg sederhana aje kewanganya bagaimanalah kan?

Sanggupkah anda semua isi setiap kali perlu dengan kadar harga yang macamtu? Fuhhhh kerja setahun belom tentu kita dapat bebas dari mengisi aje minyak dengan harga tu. Sangguplah korang naik basikal tak pon motosikal aje.

p/s : syukur alhamdulillah. Negara derang sbb bukan pengeluar minyak, tu yg jadi mahal sgt.

Monday, January 17, 2011

|| Seram Sejuk Kehadiran Aku? ||

just short n3 aje. apezs xsangka pulak. Walaupun blog ini dah diberitahu mempunyai masalah. Tapi tetap juga ada yang sudi dtg menjengah. Jadi apezs ambil  keputusanlah kalau macamni, akan dibuka juga blog ini.. ;)

*p/s : ngat nak tukar template baru lah.. amacam?

Saturday, January 8, 2011

|| Kenangan Dan Pemberitahuan ||

Salam. Walaupun saya tahu korang dah agak ape yg saya nak cakap. Betul tu, saya nak away dari BLOG ni sudah. Oleh kerana sikapnya yang masih tidak bertolak ansur dengan saya. Saya masih tidak boleh untuk selesaikan masalah FOLLOWERS CLICKER ni lagi. Jadi saya buat keputusan, bermulalah dari bawah kembali. Dengan membuka blog yang baru. Saya tahu ini agak memeranjatkan tetapi saya tiada pilihan lain. Terasa hati sangat kerana saya tak sanggup tengok orang lain bukan main boleh KLIK follow saya tapi saya tidak follow mereka kembali.
Yes I still Love Korang semua yang masih setia berada dalam followers saya. Tetapi saya akan sedia memfollow korang kembali di BLOG baru saya. Insyallah kita akan ketemu lagi. Walaupun dimana saya berada. Saya sentiasa akan ingat korang. Koranglah pendorong jiwa saya. Jadi harap korang tidak terasa dengan perubahan semua ni. Saya sendiri tidak tahu bagaimana hendak selesaikannya dah.
Betul tu, saya sentiasa akan berada disisi korang jika saya ada blog baru. Akan sedaya upaya untuk follow korang yang sentiasa berada disini. Saya akan follow korang Insyallah di BLOG baru saya itu. Harap korang dapat beri sokongan serta berada disisi saya juga. Kerana sebelum ini tanpa korang siapalah Apezs Slamber. Begitu pahit dan manis rasanya berada dikalangan Apezs Slamber ni. Sedih weih!! Nak tisu sekotak please.
Lihat walaupun saya tahu, saya bakal bermula dari bawah dan ketinggalan tetapi jika saya boleh dapat sokongan anda. Pasti saya akan mengharungi serta mendapat dimata-mata lain juga. Jadi oleh yang demikian saya berharap sangat dapat ketemu dengan korang semua lagi. Blog ini tidak akan saya hapuskan, cuma saya kurang akan memberikan respons seperti selalu. Ingin menumpukan pada blog  yang baru, blong yang harus dititik beratkan.


Mesti korang tertanya-tanya kan. Blog apezs yang baru manakan, ape nama la kan. Oleh itu apezs perkenalkan BLOG terbaru apezs. Klik disini :

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Friday, January 7, 2011

|| Nak Tukar Penghias Rupa ||

Kedabommm... Piuuuuh.... Knock knock knock!!

Haha mesti korang cakap, apelah apezs tu. Sewel ke! Haha bukan macamtulah, saya sebenarnya tengah menukang. Bagaimana nak tukar template baru pula ni, yelah kan sepertinya mahu lihat kelainan pula. Cuma bagaimana saya nak menukar ke wajah yang baru ni. Nak kelihatan seperti korangnya header, tone colour, spacing dll, yang amat menarik pada saya.

Tiada ke yang senior disini, ingin memberi tunjuk ajar kepada saya a.k.a Apezs Slamber. Nak sangat buat yang tercantik macam korang. Haish, susah juga guna template dari yang tersedia sebab part utk En Nuff, susah nak nampak atau nak letak. Oh diriku runsingnya dengan permasalahan ini, begitu ternoda diriku merasakan dengan kecantikan korang. Eh! I mean theme blog korang.

CEPAT!! Lor sudi yea bantuin saya. Lor kok terus bertukar loghatnya, ya ampunnn. Mak aih camne nak buat yea, explore habis dah ni. Sepertinya mahukan lagi lagi dan lagi ahakz.

|| Selamat Pagi Sarapan. ||

Assalamualaikum W.B.T.

Selamat Pagi tuan-tuan/puan-puan. Berdirinya saya disini pada pepagi buta ini, ingin mengucapkan salam jumaat kepada kaum lelaki. Sudah jumaat rupanya kan, hari demi hari ia berlalu dengan cepat. Walaupun saya rasa seperti ada rasa kesedihan bagi meninggalkan hari-hari yang lepas tapi kehidupan itu harus diteruskan dengan bersemangat. Apezs mendoakan kepada semua juga supaya perjalanan yang kita sama-sama lalui ini berjalan dengan lancarnya. Amin.

p/s : jom kita g sarapan pagi yea..;)

Thursday, January 6, 2011

|| Angelina Jolie Datang Ke Blog Apezs ||

Perbesarkan Photo, Utk Jelas

Siapa sangka? Saya sendiri pun tidak sangka, inikan pula PM kita pun tak sangka. Angelina Jolie datang melawat BLOG apezs tahu?? Tengok picture tu. Angelina Jolie datang lawat blog apezs tauuu... Jangan jeles okeh.!! Apezs nak kecoh satu DUNIA yang A.J datang tengok serta baca blog apezs. Siapa pun jangan  jeles dan marah FAHAM!! Dia siap cakap kat shoutbox tu:-

"Sweet site, super design and style , very clean and employ genial." katanya A.J.

Haha korang mampooo? Tak kan. Kini ku berdiri diatas kaki sendiri tahu. Dah pergi wat entri yang apezs dapat kunjungan Angelina ni CEPAT.. Kalau tidak, tak mahu kawan kamu orang.

- Apezs bangun-bangun!! Mimpi apa petang-petang ni, hah tidur lagi petang macamni. Baru balik kerja tu, pergilah mandi. Cergas sikit badan tu, dari membuta aje keje. Badan saya penat lah tuan ahakz. Lor saya bermimpi rupanya.

Ingatkan semua itu hanya realiti tetapi mimpi dong mas. Citts!! Malu saya, rupanya Angelina sahaja bukan Angelina Jolie lah korang. Saya minta maaf yea, tak moh dah riak-riak ni. Tak elokkan, kan padam muka kat saya sendiri.

Angelina ni saya sendiri tidak tahu datang dari Negara mana. Sebab diikutkan pada carta tu banyak negara yang datang melawat blog apezs dari hari ke hari. Pelik pun ada juga, derang faham ke ape yang apezs ngomel yea?

Angelina ni dia datang dari blog ini. Klik sini --> [A.J]. Ikutkan selalu jugalah, blog ini datang melawat ke blog apezs. Derang selalu datang hantar jeritan kat shoutbox tu.Cuma yang datang singgah dan tinggalkan kesan, selalunya apezs pergi balik akan ke blog tu la. Nama dtg hari-hari lain tapi blog sama je. Camne tu hehe.

Apezs sendiri tak faham sebenarnya, apa yang ditulis kat blog itu. Sedikit-sedikit tu adalah juga faham. Tidak kesemuanya, biasalah saya bukan pandai berbahasa omputih ni. Pandai sebut je, kefahamannya bawah 50% ahakz. Sekali lagi minta maaf yea, saya hanya sekadar bergurau selepas terjaga dari tidur. Jangan tak datang blog saya dah.. Ampun mak eton gunung tebung..(",)

|| Segmen : Mereka Kata ||

Sekian lamanya apezs berkecimpung dalam dunia blogger. Kini saya nak join lagi segmen ape? Segmen dari En. Ben iaitu MEREKA KATA. Kata apa? Dusta? Nafi? Fitnah? Cinta? Oh tidak sama sekali. Kata-kata ransangan untuk membina diri ke dalam dunia BLOGGER lor.

Apezs dah lama tak join segmen En. Ben sejak akhir tahun dan awal tahun ni. Kerana dek busy ngan kereja kereja kereja aje nasib tak jadi kera, masih manusia normal dan cukup sifat lagi. Apa? Apezs asik membebel erk. Nak join juga ke? Lor sorry laa der, wa terlopa pula. Hah jom, klik situ --> [abg macho

Dah habis pon apezs membebel tentang segmen tu. JOm terjah tentang ulasan yang saya berikan kepada BLOGGER² baru. Walaupon saya dah blogger lama tapi xkan sefemes anda yang baru.

Kata-kata AS :

Salam pujangga salam 1Malaysia. Bermulanya saya dengan ucapan BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM, termetrailah kata-kata bagi segmen ini. Saya ingin mengalukan kehadiran tuan-tuan/puan-puan ke dalam dunia BLOGGER yang sememangnya tidak semua orang ingin menggunakannya dengan berhemah. Ah susah la, berbelit lidah ni nak beri ucapan yang macam gini. Katak pon leh mati percuma.

Saya ucapkan tahniah untuk korang yang dah mula menapak dalam dunia BLOGGER ni. Jangan mudah putus asa okeh, rajin²kan lah diri itu untuk menimba ilmu dengan sesiapa pun. Muda/tua/baru/lama semua itu jangan diambil kesah. yang penting kita pandai akhirnya. Dan jangan pula lupa membantu orang lain dalam permasalahan yg mungkin sama dengan kita seperti pada masa lalu.

Jangan sombong yea! Dalam dunia blog ini kekadang ada pasang surutnya. Begitu juga dengan kehidupan serta alam duniawi ini. Jadi pesanan pada org BARU serta diri saya juga, moga tidak mudah putus asa. Walaupun sehari satu sahaja entri yang sempat di postkan, moga ia tidak mematahkan semangat utk kita berblog bersama² okeh. Yakin pada diri anda sendiri dan nekad untuk berdiri sama teguh dengan apa yang ada dihadapan.

Walaupun payah untuk kita capai TETAPI percaya pada yang Maha Kuasa. Kita hanya mampu untuk berusaha serta berusaha, hanya Dia yang melancarkannya lagi. Amin. Saya pun tidaklah pandai nak bagi tips or pandangan yang terlalu optimitik *betul ke tu haha. Tetapi saya boleh membantu dari segi nasihat jerk. Oleh itu selamat datang ke dunia kami dunia BLOGGING.

p/s : tapi hati ini masih lagi terkilan. Bagaimana hendak selesaikan masalah tentang klik FOLLOW ni. Masih tak boleh nak buat, rasanya nak tutup sahaja BLOG ni. Mulakan dari bawah saje. :( 

|| Welcome Back To Me ||

Salam.

Selamat pagi kat korang yg comel, segak, kacak, bergaya, ayu, cantik, lawa, menarik kebabomm dan sebagainya. Pepagi dah merepek kan apezs ni. Bukan apa, dah lama xhupdate entry walaupun ada je sebelum ni.

Saya sekarangkan tak seaktif dulu, agak kurang untuk menghupdate entry blog ni. No no no no nooo salah tanggapan itu, bukan hangat-hangat tahi ayam yea tapi tahi arnab ahakz. Ini semua dek kerana busy dengan kerja.

Kerja untuk tahun 2011, baru menapak dan pelbagai agenda telah diusulkan. Saya adalah salah seorang jawatankuasanya. Jadi saya kenalah memberikan fokusan yang terbaik [hopefully]. haha.. Percaya tak?

Tak percaya juga. Tak boleh nak cakap apa lagi lah. Asik membebel je keje paezs ni, korang pula macamna? Sehat? dah sarapan pagi ke belum? Kerja tahun nie amacam? Yang study pula dengar cerit esement dah banyak.

Haish awal-awal dah busy kan, mcmtu juga saya. Apa pun saya tetap mengingati kalian, sayang sangat dengan kalian k. Rinduuuuu!! ahakz. Dah g buat apa yg patut yea. Sayonara. (",)

Wednesday, January 5, 2011

|| Masa Untuk Coklat Cardbury ||

Masa untuk membangkitkan selera makan selepas selera makanku tekah hilang. Hanya lunch dengan cardbury.. Siapa nak? Buka mulut....

Kalau ada yang nak diet pun boleh makan je coklat ni. Sedap dan menyelerakan hingga balik nanti pasti nak beli dan makan lagi..haha seleranya pulak. (",)

|| Terasa Sunyi ||

Hampir ke waktu tengahari bagi saat ini. Hari demi hari bakal dilalui dalam keadaan yang sangat sibuk. Mana dengan 5s nya, dgn laporan bulanan lagi. Kesibukan ini bukan dibuat-buat tetapi telah dtetapkan.

Cuma dimana hendak ku cari segala penyemangat dalam melakukan kerja ini. Entah kenapa, terasanya seperti diriku tidak berguna langsung. Sukar hendak ku gerakkan segala apa yang harus dilakukan.
Yang paling sedih, dalam kesibukan ini kenapa masih datang keadaan sedih itu. Dimana yang harus saya mulakan. Kenapa semua ini bermain dengan kesibukan, kata orang semakin sibuk semakin hilang semua itu. 

Tetapi berbeza pula dengan keadaan yang saya alami. Get off my way!! Haruskah saya membakarnya dengan diesel? Haruskah saya tanamnya dengan pasir? Mana bisa ku lakukannya tanpamu.

Bercerita pula tentang PETROL. Kenapa ia masih berlarutan naik dan naik harganya? RON97 dinaikkan harganya lagi kepada RM2.40/L. Dah la saya menggunakan RON97, habisla gaji setiap bulan khas utk minyak sahaja.

Haish kenapa?? Susah sangatkah untuk menstabilkan dia yeah. Apa yang harus rakyat seperti saya ini lakukan lagi, agar perbelanjaan setiap bulan agak teratur. Dengan kenaikan harga bukan mudah nak diterima dengan hati terbuka.

Kalaulah saya seorang hartawan, tidak mudah nak melatah tetapi saya hanya seorang pekerja yang gajinya hanya utk sara hidup sederhana ini sahaja. Mana mungkin saya mampu untuk menengakkan benang yang sudah basah.

Yang pasti dan saya tahu jawapan anda. Kereta tetap kena gerakkan, begitu juga dengan kehidupan. Seberat mana ia datang dan naik, KITA tetap juga kena hadapi dan mengisi dengan apa yang sedia ada. Terima Kasih.

Tuesday, January 4, 2011

|| Sibuk Dengan Tahun Baru 2011 ||

Salam Selamat pagi kepada teman-teman kalian. Hari ini baru bermulanya kerja bagi saya pada tahun baru serta hari yg baru. Sepatutnya semalam sudah berwawasan untuk bekerja tetapi pada malam bakal 3/1/2011, salah seorang dari rakan terkena sawan. itu agak konfius sejak bila.? Tidak pernah terjadi sebelum ini. 

Tetapi syukur alhamdulillah dia sudah kembali normal. Dibawa ke Hospital Serdang, dengan bantuan rakan-rakan lain bersama ambulans. Jadi 3/1/2010 tidak dapat hadirkan diri ke pejabat kerana terlajak 'morning'. Ahakz so funny rasanya.
Jadi pada hari ini saya sudah menjalani waktu bekerja. Kerja pada tahun baru mmg begitu banyak yg perlu dilaksanakan. Jadi saya bakal mengundur diri dan semoga ketemu lagi. Salam.

Saturday, January 1, 2011

Di usia semuda ini, tiada siapa pun yang menyangka akan perginya beliau menemui yg Esa. Sungguh bersedih dengan berita yang baru saya terima. Faizal Yusof tidak asing dimata layar perak lagi.

Pelakon ini telah menghembuskan nafas yg terakhirnya di Hospital PUSRAWI KL. Disebabkan oleh serangan jantung. Bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana ini yang telah mengesahkan berita tersebut.

Ya Allah engkau letakkanlah beliau ditempat yang Engkau kasihi serta orang-orang yg beriman.  Semoga rohnya dicucuri rahmat. Usia bukan satu penghalang untuk meninggalkan dunia yang kita pinjam ini. 

|| Tahun Baru Dan Hari Lahir Buat Ibu ||

Salam.. Alhamdulillah perjalanan kita masaih panjang rupanya dan masih diberikan kesempatan  olehNya. Semoga apa yang kita hajati dalam hidup ini akan tercapai dan jangan kita lupa pula akanNya.

Sebelum terlambat saya nak ucapkan kepada semua yang kenal saya atau tidak. Happy New Year.. Hope the wish come true in ur's life. Anything to be is what u be, just let it be when u dunno how can its be.

Hari ini jatuhnya hari lahir buat my mom dalam Tahun Baru yg baru datang menjengah. Terkilan sedikit sebab tak dapat nak sambut untuk my mom kerana jauh. Anyway semoga korang semua pun dalam keadaan baik ye. HNY again to all...sayang korang.. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Q Jerit Cepat !


ShoutMix chat widget

Followers Q