About Me

My photo
Cinta bukan terletak pd ucapan yg berulangkali..cinta tidak pernah berubah,cuma insan yg mengubah hatinya..Insan yg menangis kerana cinta bukanlah bererti jiwanya lemah,tetapi itulah diantara bukti sebuah cinta yg hebat dan bukanlah suatu permainan.. Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta krna hakikatnya jodoh e2 bukan ditangan mnusia..atas kasih syg Allah, kau dan dia dipertemukan dan atas limpahan ksihNya jua kau dan dia dipisahkan krna hikmah yg tersembunyi. Prnahkah kau terfikir kebesaranNya??
online counter

Tuesday, November 30, 2010

|| Selit Pagi ||



Selamat pagi kepada korang yang kacak dan cantik ini.
Susah laaa nak menyatakan isi hati yg sebenarnya kepada dia
apa yg tersirat dalam hati ini. Takot terluka serta berdarah tidak bernyawa
mana saya nak membantu jika terjadinya ia.
Mana ayat aku nak diluahkan ni, mana pergi ni.
Saya rasa kenapa perlukan semua ini? Kenapa mereka masih sayangkan itu.
Dimana letaknya kasih sayang ini terhadap itu.
Ya Allah pepagi sudah bermadah dan menjiwai.
Tak larat sebenarnya tapi rasa nak HAPPY hanya seketika
sahaja yg datang dalam hidup ku kini. Mana pergi ku
sendiri tidak pasti. Janji tetap menepati janji.

Korang jangan lupa berikan support semangat terhadap saya.
Love U all. muaahx sayonara.. (",).

Sunday, November 28, 2010

|| Terkejut Beruk ||



O.M.G What's the day I GOT This weekend, adehs saya terkena lagi sekali. Wah penat okeh saya berposing untuk 'casting modeling' yang kawan saya cakap tu. Ramai giler nak bergambar dengan saya, penat kaki ni bila berdiri, nak duduk pun xboleh. Mcm memerlukan kaki 'lipan' banyak sikit utk digunakan haha..hahaha...

Posing sana posing sini.. Kiri kanan atas bawah, tepi kanan. Mak aih mcmane lagi ye nak posing yang best & meletop sikit ye. Nanti kalau tak berposing dengan sewajarnya dah xcantik photo-photo ni. Yes tengok posing saya cantik tak? Sape nak kasi bintang kat I berapa ni. Wah demandnya.

Korang nak tahu apa yang saya tengah buat ni kan?  Masuk dan melangkah sahaja ke pekarangan rumah member yang ajak tu. Dia cakap sekejap org tu tengah OTW datang. Den saya pun naikla atas rumah dia dulu, dan demmm..

Terkejut BERUK!! apezs dengan ketidaktahuan yang mereka semua telah berkomplot kenakan saya. Dengan buat SUPRISE PARTY kali yang ke-3. Tapi kali ini besar-besaran besday party, dah tak tahu nak kata apa.

Dan saya longlai pengsan terus, takdelah gurau je. Cuma longlai terkejut sahaja, nak katakan apa dah. Derang ni dah buat tanpa saya tahu, sebab nanti dah tak suprise. Banyak juga hadiah saya dapat. Memang saya tak sangka dan mahukan semua tu.

Patutla ramai kawan yang rapat ngan saya tak nak join apa yg saya buat. Ada yang malas nak balas mesej la, berfacebook pon xnak balas. Memang saya sedeh giler time tu sampai ke hari ini dan saya tak sangka hari ini baru tahu kenapa semua org buat mcmtu kat saya..

OMG terkejut beruk sekali lagi, inilah kesah yang pernah terjadi dalam hidup saya selama ini. Mana nak dapat kawan2 mcm korang kan. Dan sekarang nak bersiap pergi tengok Movie Ngankong Reramai (25 orang) kat IOI Mall. Sayonara!!

|| Aku Seperti Mahu PITAM!! ||

Tolong panggilkan RELA, eh! silap Ambulans. Saya nak pitam, bukan kerena sesak nafas atau saya sakit perot tetapi disebabkan satu entry ini. Saya rasa nak pitam, dituju khas kepada saya itu ENTRY. Mana saya tahu kenapa mula-mulanya. Saya hanya menjelajah seperti blog-blog korang yg telah saya terjah [BW]. Saya pun buat cara yang samalah, terjah blog dia. Tapi tadi tgk update entry yg terbaru dari korang dan ternampak entry baru dari dia juga yg tertera Apezs Slamber.

Entah bagaimana saya pun klik entrinya, keluarlah windows tab yg barubagi entri tersebut.
Ahh pjg cerita pulak saya buat ni. Pendekkan cerita sikitlah ya. Baca permulaan tajuk : 100th Followers-Apezs Slamber!. What? really? Saya sendiri pun tidak menjangka dan ketahui sekali. Dulu saya ada buat entry untuk FOLLOWERS yg ke-100 juga and saya dibalas olehNya kembali. Nak tahu entry saya tu klik ini [ke-100] Alhamdulillah!! Blogger-blogger ada yang menghargai saya, terima kasih sesangat kepada korang semua.

Dia ada buat satu entry untuk saya berkaitan dengan FOLLOWERS KE-100 tau. Wah banyak juga dia research ttg blog saya. Saya nak mengucapkan ribuan terima kasih yg tersangat kepadanya. Korang mesti nak tahu siapakan, saya akan beritahu punyalah. Jangan risau, tapi korang jangan lupa terjah blog dia juga ye. Mana tahu ada rezeki, blog korang dipromosikan olehnya. Siapa tahukan.. Ok tak nak cerita panjang saya ingin perkenalkan BLOG yg telah membuat satu entry utk saya Miss Hayati dengan bernama NALURI KEHIDUPANKU... Ni pulak BANNER dr BLOG Cik Yati.. Hah ape tunggu lagi terjah cepat hehe!!..

sayonara!!

|| Cerdaskan Diri ||

Pic gatai..:p


Salam,

selamat pagi kat korang semua, sarapan apa pula hari minggu ni. Mesti masak yang sedap-sedapkan. Hari ini apezs ada appoiment yg ditunggu-tunggu. Tapi lambat lagi, pukul 3 karang. Sekarang kita update apa yang patut ajelah.

Saya tengah makan biskut aje ni, nak alas perot time nak  jumpe orang malas nak makan penuh perut. haha..haha.. Den lepas tu aktiviti apa nak buat ye? Ermmm rambut dah panjang, kereta dah kotor. Haruskah potong dan cuci. 

Mana-mana sajelah kalau berkesempatankan. Janji benda apa yang nak dibuat telah tersenarai, takdelah bosan sangat nanti dok pikir nak buat apakan. Korang ni asik membaca dan mendengar saya membebel je, korang ceritala sama. Korang buat apa tu?

Kesian bila mendengar sesuatu yang kita rasa patutberasa simpati. Manalah perginya keamanan ni, haish sukar nak meramal apa yg terjadi. Eh! kenapa apezs tiba-tiba cakap pasal nie kan.

Hah tengok dan klik sini ok!

p/s : kasihan dia kan, kalau ada info tlong link kan ke entry ini yea.. Thanks.!!

Saturday, November 27, 2010

|| REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI ||

Yerp memang betul tu saya nak join lagi sekali segmen dari En. Ben okeh. Nak tahu segmen apa? Inilah segmen REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI, nak tahu lebih lanjut? Sila klik [ini] . 



: 5 ENTRY EN. BEN YANG SAYA SUKA BACA :


Suka entri yang ini kerana, sama juga dengan saya. Saya blogger baru den what? Salah ke kalau saya nak membuat satu diari dalam alam maya ini. En Ben punya entri ni banyak info yang dia kasi tahu, walaupon hanya dalam kata-kata biasa. Jadi penyemangat saya untuk terus melakukan Diari Apezs Slamber.

Hahaa walaupun ini bukan cerita dari En. Ben sendiri. Ia disebarkan kepada saya untuk membacanya. Bukan apa, cerita ini ada serba sedikit terjadi pada saya. Cuma takdela sampai mcm itu sekali.

Yeah! Entri ni pulak memang best. 2nd saya join segmen dari En. Ben, ingin mencuba kebolehan saya mengarang serta menarik kawan blogger utk membaca. Walaupun tak berjaya tapi puas ada.

Inilah paltform untuk aku berdiri dalam dunia BLOGGER ni dengan jayanya ada rakan-rakan yg sporting mcm korang. Kalau tidak tidak mungkin akan berjaya seramai ini dah followers. Kredit for u En. Ben. Thanks also.

Entry yang ini pula bukan saya nak kata panjang2, cuma nak BERSETUJU dengan En. Ben.


: 5 ENTRY APEZS SLAMBER YG PATUT KORANG BACA :

Ini entry saya yang best sebab saya sambut hari lahir yang ke-?.

Entry ini yang saya suka juga, Kerana balasan mesej yang diberikanlah, saya mula bangun kembali dan cuba perbaiki diri.

Hehe entry yg ini bukan apa, kerana merekalah saya mampu untuk mencantikkan BLOG serta MEMPERBAIKI susunan kata.

Ok yang ini pula, untuk semua kenalan dimana sahaja. Berjaga-jaga.!!

Ini adalah salah satu penulisan yang tulus dari saya Apezs Slamber. Berkisarkan kesah yang saya research dr seseorang untuk jadi tatapan penulisan saya. Ia merupakan penulisan yang baru nak bermula. Harap dpt kritikkan membina serta pdangan semua.







Oklah ini sahaja dari saya. Semoga dapat sambutan juga, seronok kita sama-sama..

|| serba sikIt aJe *rumahku||

Nak ucap selamat malam rasanya macam masih awal. Yelaaa bagi sesiapa yang bercuti pd sabtu ahad, masih awal lagi waktu mcmnie kan. Jadi apezs dengan suka hati aje. Nak share my home picture. Kalau suka say LIKE k. kalau tak suka say DON'T LIKE.. Hehe... Boleh tak??

















Inilah rumah apezs yang tidaklah seberapa cantik mcm rumah korang. Saya dok sorang-sorang je. Hah! jangan skodeng saya yea atau nak stalker saya pula.. Saya penakut ni.. Mak tgk derang nie. Jahat and nakal tau.. Ok jom g Lunch sesama!! TODAY dah cuti.....(",)



Friday, November 26, 2010

|| Lapa Tahap Rabak!! ||


Nak AYAM Goreng 10 ketul, Cheese Burger 5 biji, Kentang 1 talam dan 1 jug air milo no ais. Itu yang saya rasa nak makan sekarang ni. Baru lepas balik dari latihan jadi perut ni bukan main minta makan. Lapar sangat dah ni, korang dah makan ke? Saya ni tunggu kawan juga nak g makan sesama, sebab takde teman nak makan pun jadi segan sangat. Nak g makan kedai depan rumah saje. Malas nak bawa kereta g kedai yang jauh-jauh. Lapar sangat dah ni, karang orang pun saya makan pula haha..haha.. Bahaya ni, baek korang jaga-jaga skrg ni...Apa nak makan ye malam ni, nasi goreng dah la kot. Tak pening nak pikirkan sangat. Oklah takleh type banyak-banyak, lapa sangat dah ni. Karang lappy ni juga dikunyah sikit-sikit haha,haha.. xmau xmau xmau.. JOM Sayonara.!!

|| JOM Reramai ||

| Tengok betapa penat saya nak cari masjid d kawasan yg berpasir. |

Haha jangan salah ye, khas untuk lelaki sahaja. Jangan kaum wanita pun nak serbu sekali, beribadah dirumah atau surau pejabat pun kira okeh. Berapa ketika je lagi waktu Jumaat akan berkumandang, jom reramai ke masjid bagi menunaikannya. 

Tapi sebelum tu nak pergi makan tengahari terlebih dahulu, pagi tadi alas aje perot ni. NOW kita gerak ye. Cepat reramai saya tengah tunggu diLOBI ni.(",) assalamualaikum.

-_- : tiba-tiba jd baek pulak... salahkah saya jadi baik.?


|| Berjaga-jagalah ||





Funny dengan mesej yang diterima oleh apezs baru-baru tadi laaaa.. Sejak kapan dong, ingat mahu senang dari yang senang sih. 

"Tolong bagi kredit mexis 30RM ke numbor baru ayah 012 86407** ayah lgi ada msalah kat balai police. Ta payah caal sekejap ayah call." mesej diterima.
Haha apalah yang korang sengal ni, nak amik duit aden sonang-sonang je ni. Ayah aden dah berkurun xjumpe dia, tak tau laa p mana. haha.. sonang-sonang ajo mesej nak duit top up, den call hawat xdok.

Motep sangat noh, lagi pulo kenapo den harus kasi top up keq no yg ekau kasi kalau no yg ekau msj pon lain benor. Dah la bikin penuh inbox phone den ajo. *DELETE mood.

|| Dance Floor ke ni? ||


Salam Morning to everyone, salam kenal salam menyumbang. Wah gitu! Waktu dah menunjukkan ke pukul 9.30AM. Hari ini Jumaat, penghulu segala hari kepada hari. Yang mana tersemai ditaburkan lagi kasihnya. Yang mana terburai dikaitkan kembali. Sarapan hari ini ROTI COKLAT and MINERAL WATER *enough. Berjalan-jalan sambil melonggarkan badan sedikit utk pagi ni. 

Nak menceriakan diri yang agak penat sekarang ni. Dengan pelbagai dugaan minggu ni saya terima. Kawan makan kawan, kawan xsenang dengan kawan, kawan suka panaskan hati kawan dan macam-macam. Tapi lantaklah semua tu, malas sangat saya nak ambil port. Kenapa nak hilangkan mood yang sedia ada ceria ni. Apalah nasib!! Huh dah la apezs oi.. tak yah pikirkan lagi.. buat mcm biasa je..
Alamak saya baru sedar, jauhnya dah saya lari dari tajuk yang sebenar. Maaf penunggu yang cantik dan kacak. Entri kali ini bukan cerita besar sangat pun just nak luahkan isi hati yang seronok ni. Its NOT Dance Floor, saya masih tak mampu nak lakukan. Tetapi masih berkaitan dengan DANCE ahakz.!! Saya suka menari, jiwa rasa tenang dan gembira bila kaki dan tangan mula menari seiringan. Kepala seperti diawan dan melayangkan badan yang seperti mengejang.. Lantai asalnya hijau menjadi kumpulan buih yang banyak memutih. Aiyooo jauhnya imaginasi den, mana nak dapat tu. 
 
Sekarang ni ada latihan setiap hari. Show ni pada bulan depan, 18 & 22 bulan 12 2010. Biarkan ia cepat berlalu dan moga saya cepat mengingati step yang banyak ni dengan 5 buah lagu haha. Masak nak ingat satu persatukan, kalaulah mudah seperti yang dah profesional senang je kerja kita hehe. Tapi mana datangnya kejayaan kalau bukan dari bawah dan usaha kan..kan..kan semua. Tak gituu gayanya? Apa pun saya mengharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar. Doakan sesama ye! Jom kita buat kerja.. Sayonara (",)

Thursday, November 25, 2010

|| Malam & Penat ||


Puh kiri puh kanan, tengaok belakang ada tilam haha.. Apalah yang kau merepek ni apezs. Selalu sangat makan kerepek kan, mcmtulah jadinya. Oh! Lmabtnya jari jemariku nak menaip, ini kerana badanku terlalu penat. Aduh baru balik dancer training, tu yang xlarat nak bergerak sangat. Kawan pun ada ajak lepak kat luar xsanggup nak gerak haha.. Kalau ada yang nak tolong urutkan takpela juga. Nak tambahkan lagi sakit badan teman nie janganla. Tadi lepas habis trainning, ajak member g makan malam dulu. 

Kesian dia sebabnya redah dalam hujan. Saya ingat tak hujan, kalau tahu hujan boleh bawa dia naik kereta sama-sama je. Tapi dia la cakap jumpa kat kedai makan je, so kita dah pergi dia pun tersangkut. Dia tak berenti tapi lenjun satu badan. Dah la baru nak sehat, samalah ngan saya. Adoi jari asik nak berenti menaip je, sebab dah xlarat sangat. 4 lagu dah ada step, lagi 1 je lagu nak bawa and cari step. Gilerh susah zapin ni. Hope i will do de BEST!! Wish me LUCK okeh GENG BLOGGER.. LOve u Muaahx... Nyte sayonara (",)

|| Pandai Korangkan ||





Salam morning korang, wah mcm gayanya lama saya tak update BLOG kan. Bukan mcm itu mksdnya, hanya sebentar merehatkan diri kerana YESTERDAY is my besdaykan. Bukan sengaja nak take a break, tak diduga ada agenda yang diperlakukan semalam sempena saya punya DAY. Just plan nak pergi makan Pece Lele saje, mcmane boleh agenda bertukar jadi sambutan hari jadi saya depan orang awam pulak tu yg tgh jamu selera kat situ. Ya Allah malu gilerh okeh. Semua org yg saya xkenal turut nyanyikan sekali. Nak lari dah kena pegang, nak nanges org berikan tisu muka. Habis nak watpe lagi? 

Cuma terkilan sedikit sebab si dia takde bersama. Kerana tugas yang perlu dilaksanakan haha. Yang paling best masa sambutan tu. Kawan-kawan yang mengenali saya ada disitu, saya pula tak perasan langsung derang dek kerana malu dengan agenda SUPRISE ni. Siap ada yang msj "wahh org tu sambut besday tak pandang kiri kanan dah kawan dia ni" boleh tak mcmtu sekali perasaan ini tidak berganjak untuk melihat persekitaran. haha ampun semua saya tak berniat pun, cuma kena kejutan elektrik aje. Anyway saya nak ucapakn ribuan terima kasih sgt kat korang semua. Photo-photo bakal menyusul selepas ini, baru nak pergi cuci haha...Jom kita pergi makan pagi sesama, saya belanja ANDA M&B. (",) haha.. Sayonara!!

Wednesday, November 24, 2010

|| CERITA KREATIF : Aku nak bagi BEN ASHAARI hadiah .. ||


saya nak join contest En. Ben lagi. Sapa nak join klik ini
OKEH header DONE. Nak tahu apa yang saya ingin berikan.. Jeng Jeng Jeng.. :

*
*

*
*

*
 
*

*
*

[ sekadar foto hiasan ]

Inilah dia hadiah yang saya ingin berikan, salah satu haiwan kegemaran saya. ARNAB or RABBIT. Saya ingin berikan hadiah hari jadi ini kepada En. Ben kerana dia dapat mengembirakan hari-hari yang dilalui. Bukan nak dibandingkan dengan kegembiraan yg wife En. Ben berikan, ia sekadar mengisi masa yang ada. Selain kita memberikan kasih sayang terhadap manusia, haiwan juga pandai menilainya. Saya ada seekor dirumah and saya lepaskan sahaja dia dikawasan rumah bukan didalam kandangnya. Mengapa ia dijadikan hadiah hari jadi En. Ben itu saya dapat merasakan yang ia mampu dijaga dengan penuh kasih sayang dr En. Ben. Mana datang duit utk saya beli hadiah ini, tentu dari simpanan yang masih ada dipoket hehe.

Last sekali nak wish juga kepada En. Ben. Happy Besday to Mr Ben.. GBU (",)

|| Hadiah photo Dr Kawan ||


Hehe malu ase, muka tiba-tiba terpampang sekali dengan besday present itu.. Thanks to Sophie bagi photo ni. Cantik and ini yg pertama dari kawan. Segan ase muka diperlihatkan, xcomel pon. Anyway mmg cute pic ni, terima kasih kepada pemberi hehe.. Nak coklat, sape nak kasi. yummyumy..


Walaupon pic ini gambar dia. tapi tujuaan khas untuk saya.. Thanks to u..=)

|| Ceria Besday Boy ||


Salam and morning to all. Hehe sedia maklumkan today Is my BESDAY. Penat jari jemari nak menaip segala komen, teks, email dan dll. Nak kena menjawab satu-satu, nanti apa pula kata member yang mengingati hari lahir kita tapi kita tak menghargai dgn membalasnya kan hehe.. Anyway apezs mmg nak ucapkan sangat² ribuan terima kasih kepada semua yg sudah wish my DAY.. Sayang korang semua. Hari ini bakal berlangsungnya dengan ceria Insyallah. Dan bermulanya hari ini dan sehingga 22/12, saya akan busy tersangat-sangat dengan kelas tarian. Nanti ada show untuk malam DINNER DCA. Jadi DEMAM ni kena sembuhlaa cepat-cepat yea.. Kali ini tarian yang perlu dibawa Zapin, Asli & Modern.. I like modern..ok laa semua saya minta diri dulu jaga diri k..(",) sayonara..

p/s : gambar itu menunjukkan perjalanan saya masih panjang untuk diisi.

|| Happy Birthday to Me ||


Salam and selamat malam kepada korang semua. Rasanya masa entri ini dipostkan saya sudah tidur dgn nyenyaknya sambil bermimpikan indah-indah kerana sudah menjangkau usia saya 24 tahun pada 24/11/2010 Rabu 12.00AM. OMG terasa sudah tua, nak kawen ke? oh tidak awal lagi, masih muda hendak mendirikan rumah tangga. Nak kasi makan pasir ke anak orang tu nanti hehe.. Harapan saya setelah menjengah usia 24 tahun ni agar kesihatan sentiasa sehat, ceria, masalah berkurang, kaya dengan usaha sendiri dan dilindungi olehNya sentiasa. Saya mengundur dirilah semua. Rasanya tidak ada kawan yang nak membuat suprise utk saya malam ni. Arini kan kerja, gilerhh nak wat jamuan waktu mcmnie. Ngantok esok tau, oklah semoga sambung dengan mimpi-mimpi indah..muaahx..(",)

Tuesday, November 23, 2010

|| Nak Angkat ||


Salam dan selamat pagi kengkawan. Kita bertemu lagi juga akhirnya, alhamdulillah Tuhan masih memanjangkan umur kita. Cuma sekarang ni tak tahu nak tulis panjang², badan masih lemah tetapi skrg dah berada diopis. Nak buat mcmane cuti sakit dapat sehati je, kenalah gigihkan diri utk ke kerja juga. Tak larat sangat nanti rest jela kat opis ni. Nak bangun tadi pon memikirkan mcm-mcm, nak pergi klinik lagi atau ke opis je. Badan saya memang tak larat lagi, sengal badan mmg tak hilang. Nak berdiri tegak pun memerlukan penampungan tapak tangan. Korang mcmane? Sehat? Kalau tak sehat juga makan ubat k!. Saya undur diri dulu, nanti kalau saya ada masa jumpa lagi.. sayonara..!!

p/s : Kaki yang nak angkat tapi kenapa kepala pulak yang berpusing.

Monday, November 22, 2010

|| Masuk Awal ||



Hanya ingin mengambil kesempatan yang ada ini mengucapkan ribuan terima kasih kpd yg sudi ambil berat terhadap saya. Apezs mungkin nak masuk tidur awal malam ni, badan terasa sengal yang teramat sangat. Masa untuk makan ubat pon dah bakal tiba, jadi saya nak ucapkan kepada BLOGGER2 Selamat Malam Sayang. Semoga dapat ketemu lagi esoknya, moga-moga amin.

|| Sakit Kepala Nak Pecah ||


adoi sakitnya kepala ni, demam belum kebah. Kenapa kepala pula asik nak berpusing-pusing. Kalau malam ni still belum turun suhu badan, nak mandi malam la mcmni. Sakit kepala sakit kepala, nak makanubat dah makan. Malam b4 nak tidur baru leh makan. Sakit kepala sepertinya takde rasa apa, nak terbang kepala ni. OH!! Tidak saya masih sayangkan kepala saya ini. Tolong jangan pergi, tinggalkan daku yang kesepian ini. Eh! silap pulak, tu lain mcm aje.. Korang sape boleh tolong picitkan? Mummy nak mummy.. Tapi apakan daya jauh sangat.

|| Kesilapan Besar Yg Pernah Buat ||

Selamat petang semua, saya disini ingin membuat pengakuan yang amat-amat malu untuk diperkatakan. Entah mcmane saya boleh membuat silap seperti ini, adakah ini NORMAL hakhak.. Pening bila dia mempersoalkan kembali kepada saya. Adehs jadi pusing bila mencari-cari dimana kesilapan yang telah saya buat. Dan akhirnya saya telah pon jumpe dimana silapnya. Sebenarnya untuk ENTRI saya yg sebelum ini || Anda Suka Tak? || itu sebenatnya dituju kepada Qaseh juga, tetapi ada kesilapan teknikal yang telah saya buat. Bukan Qaseh [itu] tetapi Qaseh [ini]. Patutla Qaseh itu bertanya bila masa dia membantu saya, ya allah berderau rasa darah. Hilang ingatankah saya, selepas saya tidak dikenalinya. Rupanya silap orang la. Saya nak minta maaf banyak-banyak kat korang berdua. Rupanya ada 2 orang Qaseh dalam followers saya. Ampun kan saya ye, janganlah 'bunuh' saya...

|| Ku B'syukur KepadaMu Ya Allah ||

Alhamdulillah, dengan nasihat korang semua tadi saya pergi juga klinik. Thanks juga kepada Abg Am kerana dengan tekanan minda yang dia bagi gerak juga kereta saya nak ke klnik. Bukan kerana saya tidak mahu pergi utk pemeriksaan tetapi saya punya badan mmg tak larat. Takde sape nak bawakan hehe.. Takde yang sukarela, takuk berjangkit nanti.. Apezs pun tak tahu macamane boleh hinggap ke saya demam ini. Dah berkurun tak kena demam, sekali kena Ya Allah satu badan mcm layu. Tapi mampu lagi ok untuk update BLOG, keraa dirimu begitu berharga.kahkahkah....!!

Yang tak bestnya kan, saya gerak keluar pukul 10 lebih AM. Sampai je nak ambil no giliran, takde mesin. Haha tergelak sorang-sorang, sebab apa tau. Mesin dia dah bertukar keluar dan menjadi kaunter no. giliran pon. Tengok betapa lama saya tdk pergi klinik. Alhamdulillah, pengajaran pertama sudah dapat. Eh! bukan pengajaran suruh sakit supaya tahu setiap pertukaran suasanan dalam klinik tu lah, hish tak mahu la asik sakit. Pengajarannya jangan pakai masuk ke dalam terus kalau dah nmpk kat luar ada kaunter haha.. Bila ditanya pada kakak yg tengah sibuk menaip teks msj kat handphonenya tu. 

"Salam Kak nak amik no giliran saya demam kak." tny apezs kehkeh..

"Demam ke adek, pergi kearah belakang sana. Dan daftar disana yea" bls kak tu dan smbung menaip teks msjnya.

Saya pon dengan menggagahkan diri, berjalan dan mencari arah yang dikatakan kakak tadi. Fuhhh!! Ramainya orang demam [sakit]. Betul ke ni, ah xpo saya pun masok and amik no giliran lor. 



Jam dah pukul 11 lebih AM, tapi kena pergi ke Makmal pula. nak kena amik darah, saya pon pergi dengan kederat yang ada. Nurse xde pon nak papah saya, penat pakai menawan2 nie hahaha...Lepas dah amik darah kena pergi tmpt tadi semula. Tunggu sampai kol 2 lebih PM, Doc pergi lunch. Sabau jelaa, den xlarat nie. Kalau ada tilam xpela boleh baring dulu. No. Giliran sudah pon di panggil. Tadaaaaaa...


Dan Doc cakap minum air masak banyak-banyak. Simtom2 yang saya dapat tu dia sendiri tak boleh nak jawab. So tak tahu nak cakap ape dah hehe.. MC today 1  hari.. Masa untuk rehat la.. Dah amik ubat pon. Sayonara!!

|| Denggi ku ||

SHORT tetapi bermakna..
adakah saya kena Demam Denggi.
Tiba-tiba semua gejala seperti ada.
Oh My God. 
apa patut buat.
nak pergi Klinik atau Hospital.
Mana nak pilih. My...

|| What Hey!!!! ||





Oh My God!! What Happend to my BLOG Theme?
Saya baru saje tukar semalam, kenapa hari ini dah jadi yang bukan-bukan. Ada yang tak kena ke? Apa yang telah dilakukan pada blog den. Saya salah apa ni? Ada sesiapa yang boleh membantu? Kenapa tiba-tiba menjadi serupa ini. Haruskah saya menukar theme yang lain. And bagaimana pula korang melihat ye? Adakah korang tgk my blog seperti pic ini atau seperti yang asal. PLEASE help me!!

|| Demam Dalam Hujan ||


Salam & morning to all. Isnin hari yang singkat walaupun Monday Blues selalu sgt org kata. Hari ini saya bukan nak bercerita juga tetang monday blues, kerana semua org tahu apa mksdnya. Tapi nak dijadikan cerita sebab saya terlewat ke tempat kerja la pula, Tak sangka hari ini akan lewat, yelah saya tahu semua ketentuanNya. Kita mampu merancang sahajakan. Adehs dah lewat ke tempat kerja, diri den pula demam jadinya. dah berkurun xkena demam, mcmane boleh time ini pulak kena demamkan. Rasa mcm nak balik tidue saje dirumah, malasnya nk pergi kerja walaupun dah jejak kaki di tempat kerja ni. Haha boleh mcmtu. Mood pun takde hari ini, malas sangat rasanya seperti nak berehat sahaja. Waktu ni pula hujan tengah turun dengan selebatnya, Bestnya kalau dapat tarik selimut balik. Sarapan mcm nak ambil tapi mood nak cari makan tu yang xde. Korang dah sarapan pagi ke?
saya undur diri dulu. sayonares..

|| Kucupan Malam ||


Salam dan selamat malam apezs nak ucapkan kepada semua blogger-blogger yang setia menanti malam. Mungkin tidak panjang celoteh yang ingin saya huraikan. Sekadar ingin menutup tirai malam ini dengan ucapan. Semoga semua dalam keadaan yang baik serta mimpi yang indah2. Esok dah kena kerja, jadi bangun dan ceriakan diri. No More Monday Blues okeh! Saya asuk tidur dahulu.. muaaaaaahx.. Sayonara..(",)

Sunday, November 21, 2010

|| Anda Suka Tak? ||

Salam yang menjengah malam sudeh, korang apezs happy sangat bukan kerana dilamun cinta ye. Tetapi apezs suka sebab dapat tukar theme blog yang baru. Cuma adakah korang suka dengan perubahan ini, agar senang untuk melawat lagi ke blog apezs. Bukan apa kalau korang suka apezs lagi la suka. Untuk korang rasa seronok bila melawatkan, seronok juga nak membaca. Kalau mcm kurang beritahu pada apezs ye. Boleh mencari yang terbaik lagi ke?
Nanti korang bezakan la yang mana lebih baik antara yang terbaik. Apezs akan listkan di bawah ini, before or NOW :
.
.
.
.
.
.
.
.
1
.
2
.
3
.

Ini adalah theme apezs yang lama digunakan menjejaki kawan-kawan blogger terkini.
Dan adakah yang terbaru ini juga mampu menarik perhatian kalian? INI



Tadaaa yang inilah.. Apakah yang anda rasakan? mampukah menandingi yang terdahulu? Apezs hanya ingin menukar arah angin selama ini. Oklah sekarang pun sudah waktu malam yang bakal diisi untuk merehatkan badan kerana esok nak kena kerja. TETAPI sebelum itu, malam ini jommm pergi DINNER dekat Pece Lele, Bandar Baru Ampang KL. The best place for dinner tau, better then yang ada di Bangi and Kajang also.

Oh sebelum saya lupa, untuk menukarkan theme yg cantik-cantik ini. Tanpa dia saya xmampu nak melakukannya seorang diri. Perkenalkan Cik Qaseh
sayonaras...(",)

|| Kutipan 2 Alam ||





Selepas memenatkan diri menjawab soalan yang sangat susah dijawab yang diberikan oleh Efa, Alief, En. Stoken & Enjit-Enjit Semut. Kalah juga laa kalau nak dibandingkan soalan SPM, soalan nie hardes lagi hehehe... Okeh berbalik pada yang Video ni. Thanks pada En. Hnas memaparkannya jadi saya ambil kesempatan utk dikongsikan juga. Kelakar sangat!!

|| Award by Award ||


salam berhujung minggu Ahad 21/11/2010, masih belum nk buat apa. yang nak dilakukan sekarang. adehs ramainya tag saya as 'got award' den i need do something la. jadi ikuti cerita seterusnya :-



Yang pertama sekali dari Enjit-Enjit Semut & Alief Ungu.
Now follow I apa yg perlu dilakukan selepas di tag award :-

1) Enjit-Enjit Semua dimata kalian :
    Walaupon saya tidak berapa kenal tuan punya Enjit & Alief, tapi saya tahu dia mempunyai sikap yang baik hati serta tulus..

2) Nama blog saya dan kenapa diletakkan nama ini :
Name of my blog is apezs slamber. Why? Because something uniqe, and making true is me. I  am a simple or slamberz. Not so hard to know me.

3) Nama URL saya dan datang mana idea utk URL blog saya :
www.apezsshah.blogspot.com itulah URL my blog. Datang idea maybe no lah kot, just include my name je.

4) Apakah kaedah yang ditulis dalam blog saya :
Kaedah dia senang sahaja. Menceritakan tentang aktiviti-aktiviti saya lakukan.

5) Apakah perasaan saya bile melihat blog orang lain cantek but its not me :
Pada saya tidak merasakan apa yang tergugat sangat, sekadar WOW dan sedikit ingin tahu HOW make the things like that. 

6) Bilakah blog saya diwujudkan :
Dalam awal tahun 2009. Cuma aktif baru kini awal bulan 10 2010.

7) Siapakah orang yang pertama menjadi followers saya :
Nama dia saya tak berapa nak ingat, tapi mmg semua yang menjadi followers saya de best.

8) sila tag 5 org lain untk menerima anugerah dan pas kan syarat syarat ini :
[ Pikok ]
Pada korang yang ditag, sebelum menganbil AWARD sila buat entri dan jawab soalan-soalan seperti saya jawab. Selesai jawab link kan semula ke sini yea. selamat mencuba.!!







Yang Kedua dari Efa serta En Haikal pulak.

1) Berikan saya satu nickname utk diri saya :
Apezs Shah

2) Ucapan kepada pemberi award :
Apezs wanna say to u dear Efa thanks a lot.. Never say by word but so much appreciate this award to me.

3) berikan 6fav artis/singer/group yang korang minat :
Justin Bieber/Akon/Lady Gaga/Avril lavigne/Hritik Roshan/Anuar Zain

4) Tag kepada 10 orang blogger :
|| Cik Qiqi ||
|| Keyrill ||
|| Amie ||
|| Mell ||
|| Lulu ||
|| myCn ||
|| mush ||
|| Cik Liys ||
Pada korang yang ditag, sebelum menganbil AWARD sila buat entri dan jawab soalan-soalan seperti saya jawab. Selesai jawab link kan semula ke sini yea. selamat mencuba.!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Q Jerit Cepat !


ShoutMix chat widget

Followers Q