About Me

My photo
Cinta bukan terletak pd ucapan yg berulangkali..cinta tidak pernah berubah,cuma insan yg mengubah hatinya..Insan yg menangis kerana cinta bukanlah bererti jiwanya lemah,tetapi itulah diantara bukti sebuah cinta yg hebat dan bukanlah suatu permainan.. Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta krna hakikatnya jodoh e2 bukan ditangan mnusia..atas kasih syg Allah, kau dan dia dipertemukan dan atas limpahan ksihNya jua kau dan dia dipisahkan krna hikmah yg tersembunyi. Prnahkah kau terfikir kebesaranNya??
online counter

Sunday, October 31, 2010

|| Prolog : DUNIA YANG SATU ||


Tajuk : Dunia Yang Satu
Penulis : M. Hafiz
Cerita ini berdasarkan kisah yang telah dilalui oleh individu dan tiada kaintan antara mati ataupon yang masih hidup.

PROLOG

“Kak Liza buat apa tu?” Faresh menegur wanita separuh umur yang duduk disebelahnya. Liza begitu khusyuk memandang paparan diskirnnya.

Facebook la, kau tak ada ke Faresh..” Liza membalas dengan selamba.

Faresh terus beransur ke tempat duduk beliau. Paparan skrin diteliti dengan kemas, kata-kata Liza masih terngiang-ngiang dimindanya ketika ini. Lantas jari-jemarinya pantas menekan laman sesawang facebook. Diamati setiap ayat-ayat yang dipaparkan. Faresh begitu gembira setelah bertungkus lumus untuk mendaftarkan diri pada sesawang facebook. Kini beliau menerokai dengan lebih dalam. Sasaran beliau ingin mencari kenalan baru, untuk dijadikan sahabat. Setelah bertungkus-lumus dengan menerokai laman sesawang facebook


“Kau nak balik pukul berapa?” sapa Liza kepada Faresh.



“Jam mesin perakam waktu dah berbunyi ke kak?” balas faresh.


Belum sempat Liza mebalas pertanyaan Faresh. Jam mesin perakam waktu pun berbunyi. Waktu kerja untuk hari itu sudah tamat. Hati Faresh masih tidak mahu berganjak dari menerokai laman sesawang facebook. Dinekadkan diri bangun dan bergerak menuju ke mesin perakam waktu bagi mengakhiri waktu bekerja pada hari ini.


Nafas lega dihembus dengan perlahan-lahan, cara untuk menjaga kesihatan. Kepala beliau disandarkan ke kepala sofa yang empuk berwarna hijau lumut. Keletihan begitu jelas diwajah Faresh. Ketika ini hatinya begitu tidak tenteram, bukan dek kerana kerja tapi dipengaruhi oleh laman sosial tersebut. Nekad beliau esok adalah hari terjahan yang perlu diusulkan. Laman sesawang itu begitu menghairahkan beliau sehingga fikirannya melayang entah kemana. Sehinggakan teguran teman serumah Faresh tidak dijawabnya. Perlahan-lahan beliau bangun masuk kedalam bilik untuk bersiap-siap menunggu azan waktu magrib yang tidak lama lagi akan  berkumandang disurau yang berdekatan dengan rumah Faresh.


Setelah selesai menunaikan kewajipan yang periu dilaksanakan. Bergerak dengan savvy milik kawan serumah beliau menuju ke kedai mamak berkembar untuk memenuhkan perut yang hampir kosong disebabkan waktu tengahari beliau tidak menjamah makanan kerana lebih suka melelapkan mata sekejap. Nasi goring ayam, roti kosong, mee goring, teh tarik, milo ais, air suam dan limau suam dihabiskan dengan pantas oleh Faresh dan dua rakan serumahnya. Waktu dah hamper larut malam, Faresh bersiap  sedia untuk melelapkan matanya, agar matanya tidak akan sembab bila bangun awal pagi esok. Tetap juga dengan bedak sejuk dimuka Faresh.

4 comments:

El-Zaffril said...

Wah... sudah prolog... cepat sambung

apezs shah said...

tutor.. Insyallah saya nak sambung skrg nie.. tengah berusaha.....;)

adamzico said...

gud.. facebooking nyer bahana.. PKU? Dahsyat!!!

apezs shah said...

adam,... hehe really? facebook punya bahana ape yea? PKU shhhttt..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Q Jerit Cepat !


ShoutMix chat widget

Followers Q