About Me

My photo
Cinta bukan terletak pd ucapan yg berulangkali..cinta tidak pernah berubah,cuma insan yg mengubah hatinya..Insan yg menangis kerana cinta bukanlah bererti jiwanya lemah,tetapi itulah diantara bukti sebuah cinta yg hebat dan bukanlah suatu permainan.. Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta krna hakikatnya jodoh e2 bukan ditangan mnusia..atas kasih syg Allah, kau dan dia dipertemukan dan atas limpahan ksihNya jua kau dan dia dipisahkan krna hikmah yg tersembunyi. Prnahkah kau terfikir kebesaranNya??
online counter

Thursday, December 30, 2010

|| Berita Terkini. Sedih Dalam Gembira ||

aaaaaaaaaaaaaaa'h takdenya sedih dalam gembira, dah semestinya GEMBIRA sokmo ni. Hahaha... Esok cuti tau.. Ni berita pasal kita cuti pada esok harinya.

*****
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERITA HARIAN

|| Esok Cuti!! ||

Salam. Selamat pagi korang. Hari ini saya berasa bersemangat sangat dan ceria. Kerana HARIMAU MALAYA kita sudah menang. Dan ape lagi.

Perdana Menteri kita yang orang dok salahkan pasal perbalahan yg saya pernah katakan dalam entri semalam tu yg buat pengumuman. Beliau mengumumkan esok cuti. Alhamdulillah. Berkat Akhir tahun dan doa daripada semua rakyat Malaysia.

Pada orang yg dok mengutuk PM sendiri tu, esok jangan cuti okeh. Pergi kerja, kalau tidak gaji potong haha.. Jadi hari ini hari terakhir utk kita bekerja dan bersama-sama rakan sejawat bersatu kerana Isnin dah masuk tahun baru.

Yeaaaaaa saya seronok bagaikan ingin melonjak ke awan. Boleh bercuti.. Tahniah utk korang semua juga. Sayang korang, nak cium sikit.

Wednesday, December 29, 2010

|| Apa Kebodohan Yang Melanda Ni ||

Apa masalah korang ni? Adoila perlawanan bola sepak bukan peperangan. Yang korang nak sabitkan dengan  pemerintahan sekali ni kenapa? Tolonglah sedarkan diri dan pengaruhi yang korang buat ni. Tidak menyenangkan sesiapa pun, lebih teruk menyusahkan orang lain.

Kita ni negara dah la sebelah menyebelah, siap ada pengarruh masing-masing pula tu. Jadi kalau korang rasa bertuah dan benar buat macamni, silakan tunjuk bukti yang keamanan dihadapan tanpa gangguan dah.

Pening yg saya rasa, semenjak dua menjak ni. Tidak habis dengan kerenah dan hal-hal yang macamni. Gangguan yang menimpa pada pemain-pemain bola sepak antara dua negara ni saya rasa. Bukan menyenangkan mereka. Berfikirlah secara rasional bukan resionalizem.

Yang saya tidak faham pula, rakyat kita sendiri boleh kutuk PM Najib katanya salah dia. Saya tidak faham apa kena mengena dengan PM Najib dengan perlawanan bola sepak yg telah berlangsung sekarang ni?? Tolongla.

Kamu tu sudahla bekerja dengan kerajaan, jadi sepatutnya berwaspada dengan tutur kata yang kamu lafazkan. Kerana boleh memburukkan prestasi kamu dalam perkhidmatan ini. Bukan tidak boleh untuk bersuara tentang apa yang kamu nak bersuara tetapi kamu kena fikir yg benar.

PM Najib takde kena mngena dengan perlawan yg berlangsung der, takkan la dia bersubahat ngan pemain pula. Takkan dia suap, kan dah namanya salah sisi undang-undang. Cuma apa yg perlu kita fikirkan, dimana kelemahan dan kehandalan kita.

Jangan nak menunding jari kepada orang lain. Kan dah menambah bebanan orang. Berat lagi mata memandang berat lagi bahu yg nak dipikul. Sokong dan beri kata semangat bukan kata-kata kesat okeh. Semoga semua dalam keadaan baik. Amin.

Tuesday, December 28, 2010

|| Saya Blogger Putrajaya ||

"mcm biasa, tgh cari Putrajaya"
Sambil berBW tadi, saya terjumpa satu entri dari Blog DiaUmaiNiNaz tentang segmen baru dari Blog Pilihan Malaysia 2010. Jadi dengan rela hati ingin menyertailah. Rasanya tidaklah susah sangat untuk menjawab soalan yg diberikan.

Link pd yg nak join : [ saya blogger dot dot dot... ]

Nama :
Mohd Hafiz, nak panggil nama manja just apezs.

Status :
Masih bujang dan ingin kekalkan status 'single' setakat ini. hehe..

Cara Hubungi :
Boleh hubungi saya melalui Facebook Fan Page, Twitter.

Daerah/Jajahan :
Saya tinggal kat Putrajaya.

Tempat Tinggal :
Presint 18, Putrajaya

Apa yang menarik ditempat saya :
Pelbagai taman berada disini, saya sendiri pun tidak habis untuk menerokai kerana inilah perangai saya. Saya tidak suka terokai tempat yg saya tinggal. Entah tak tahu kenapa. Walaupun kekadang agak bosan itu bukan bererti ia tempat yg terbosan didunia hehe. Silalah datang.!!

Banyak betul segmen sekarang ni kan, saya banyak juga join. Kalaulah saya ada segmen sendiri, adakah ada yang sudi nak joinkan. Asenya takde kot.hahaha...!!

|| Stress Sungguh Hidup Ini ||




aaaaaaaaaaaaaaaagh!!
Tidak sungguhku menahan dengan semua ini. Ah declarelah sehabis mungkin apezs, jangan biarkan hati kau disakiti begini sekali. Dunia masih luas dihadapan.
Tensions!!!

|| Pengacara Majlis Hiburan Ke? ||




Salam dan selamat pagi. Halohaa kita berjumpa lagi dinihari yang indah ini. Alaaa apala korang ni, xnak kasi apezs bebel sikit dah suruh diam. Oklah saya tak nak bebel panjang, just nak share citer ni. Hari ini saya berbaju batik korporat walaupun hari selasa. Ah tidak sukalaaaa, jadi kita kenakan baju biasa dahulu.

Nanti dah kena handle majlis baru saya tukar baju korporat itu haha. Majlis berlangsung petang so waktu pagi ni tidak ada masalah la nak pakai baju biasakan. Alamatnya hari ini saya pulang lewatla, majlis habis agak lewat sedikit. Kalau saya hanya penonton atau tetamu mmg dah balik awal juga tetapi saya pengacara majlis la. 

Alahai nak kata apa, tugas jangan dilupa. Kalau dilupa buruk tatatertib den didepan mata derang. Wah gitewwww kan.!! Hah dah panjang ni bebel, so saya nak undur diri. Jumpa lagi.. muaaahx.!! Sayonaras (",)

Monday, December 27, 2010

|| Hari Yang Paling Sibuk ||




Ape ada dengan tajuk. Aaa'h ada orang tidak setuju ke? Betullah, saya tengah sibuk ni. Sibuk sampai korang pijak kepala saya pun dah tidak sedar tau. Kerja berlambak tak siap lagi ni, speach pon belum siapkan lagi.

Esok saya kena jadi pengacara majlis untuk perhimpunan bulanan bahagian. Kalau saya tak kena menari hah macamni la jadinya. Kena jadi juruacara ataupun pengacarakan. Adehs malu muka saya nak ditunjukkan lagi, gitewwwww!!..*sengeh.

Tetapi dah diundi kenalah laksanakan tugas ini dengan jayanya. Jadi hari ini (petang) ada rehearsel *betul ke ejaan tu, janji korang fahamkan. Den kalau dah macamtu maksudnya memang saya busy la kan. Hah jangan tak percaya lagi.. yea saya menang.

So saya tak boleh membebel lelama ngan korang, nanti sayanya kerja pun tidak siap juga. Korang pula jangan lupa, singgahlah selalu. Kalau ada info baru silakan laa tag saya dan infokan. pasti selepas tu saya akan terjah. Kitakan kawan, jangan lupakan saya ahakz.

|| 500 BLOG! ||




Salam. Apezs datang join segmen En. Ben lagi, TERKINI punya. Ada sesiapa dekat sini nak follow me utk join juga?? Oh ade yea, kalau macamtu sila klik ini. Jangan lupa tau. Bagi maklumat yg selanjutnya. [en muscle]


Kalau yang tengah nak join tu, kita jangan lupa pula. Setiap segmen pasti ada kehendaknya yg tersendiri. Segmen kali ini soalan yang diberikan boleh tahan dan yg menariknya tentang kita je. Jom lihat apa yg bakal saya jawab. Ikuti kisah selanjutnya :-

En. Ben mahukan saya ngomel sedikit ttg diri ini dan tujuan saya berblogger. Saya dalam erti kata lain Apezs Slamber adalah nama yang saya sendiri tidak pernah utk berfikir ke-2 kalinya. Ia datang dengan sendiri. 

Bukan saya mencari-cari apa yang hendak diperkatakan tapi Apezs Slamber adalah diri saya. Slamber dalam apa sahaja, jika berkaitan atau kena dengan keadaan. Seorang yang boleh berkawan.

Suka warna biru dalam kehidupan tetapi warnanya akan bertukar setiap 1 tahun. Hanya biru sahaja tersemat didada. Nak ata nakal tidaklah sangat, biasa saja saya ni. Cerewet kepada keadaan sekeliling, contohnya kalau rumah bersepah. Memang pantang saya, tidak suka.

Tujuan dalam berblogging ni tidaklah banyak sangat. Cuma ingin berkongsi ttg hidup ini, cuba untuk menengahkan penulisan saya dan mencari kenalan baru. Berkongsi kisah kehidupan saya tu bukan bermaksud kesemua yang terperinci tetapi sesetengah yang boleh dikongsikan. Itu sahaja saya rasa yang dapat saya kongsikan.

Saturday, December 25, 2010

|| Sambutan Hari Lahir yg ke-2 ||

Adehs malam ni ada undangan besday party lagi tu. Jadi kena hadirkan diri pula laaa.. tapi picture nie mengalahkan sangatla. Sebenarnya tidaklah sampai macamtu sekali ye. Biasa-biasa sahaja haha..

Jangan terpedaya dengan gambar yg ditayangkan. Bahaya jika diambil berat haha. Lagi pula kali ini dijemput oleh kawanku utk menyambut hari lahir kawan rumah dia. Tema pink, putih & hitamla pula. Jadi saya akan pakai warna merah la, Boleh tak? Saya warna pink mcmtu takde...:)

|| Sambutan Hari Lahir Sama Pula dgn Krismas ||

Tonite gonna be fun. Because ada yang pergi clubbing, enjoy with patner. And me tidak ketinggalan juga. Malam ni nak sambut besday kawan punya kapel. Haish harap keadaan semua ok, tadi derang berdua bergaduh pula. Selalu sangat bergaduh, mcm takde haluan la korang ni haha..

Apa pun malam ini saya malas keluar jauh-jauh, hanya sekadar nak meraikan dirumah korang sahaja. Saya nak balik rumah, esok nak bangun awal untuk mengemas rumah yg agak lama ditinggalkan dek kerana show.

Jadi jom kita sambut besday kamu.
Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan wahai temanku.... Allah selamatkan kamu. Amin... (",)

Friday, December 24, 2010

|| saya nak duduk dalam bloglist cik lulu ||




Apezs nak join segmen cik Lulu ini..
Ada sesiapa berminat tak? Sila klik ini [magic]

|| SENARAI BLOGLIST EFAAEOFA (FEELING TO TYPE) 2011 ||




Memang hari ini saya nak jelajah dan ikuti segmen² baru BLOGGER. Ada sesiapa yang tengah free ke? Hah meih sini datang join sesama tau. Klik ini [Efa or Auta]



Berikan sebab kenapa korang nak ada dalam bloglist Efa?
Kerana itulah antara rakan-rakan blogger yg setia.. Ahakz *statment berani mampuss ka.. ;)

Berikan pendapat tentang blog Efa?
Blog efa dr mula follow sampai sekarang masih cantik dan menarik. Dari blog efa lah saya sentiasa dapat lakukan apa pon dan kenali Qaseh (as a friends yea). Sebab dia selalu juga ajar saya pasal theme or other things.


Okeh saya sudah siap. Jadi ape kata korang??


|| Jom Sertai Bloglist Siti Safiyyah ||




Yeah saya nak join segmen ini, para BLOGGER semua kalau ada kelapangan. Silakan singgah ke sana dan join this segment tau. Klik ini [Gojestis]

Tetapi sebelum itu kenalah jawab setiap soalan yang diberikan :-
  • Dari mana anda kenali blog Siti Safiyyah?
Melalui blog En. Ben Ashaari.

  • Apa yg best di Blog Siti Safiyyah yg perlu dikekalkan?
Apezs rasa tentang tutorial... Amacam? ;)


  • Apa yang paling tak best tentang Blog Siti Safiyyah yg patut diperbaiki?
Bukan paling tak best tapi kurang best je hehe.. Saya rasa updatedkan sikit template blog u.. Macamane okeh tak u?


  • Ucapan saya kepada tuan blog :-
Saya ingin mendoakan kepada tuan blog agar berjaya dalam dunia Blogger. Cerah masa depan serta ceria-ceria selalu.. Wassalam.. Tuan Blog ini Siti Safiyyah.


Semoga Berjaya..

|| Walking or Crawling ||




Hari ini tiba masanya untuk saya berblog walking. Kepada yang tidak saya terjah harap maaf, mungkin termiss. Sila inform jika ada apa-apa yg menarik korang buat. Pada entri yg sentiasa baru dikeluarkan pasti saya akan merangkak tengok. Jom sekarang kita terjah reramai semua BLOGGER² yang CUN dan KACAK ini.

|| Lelah Dalam Kepuasan ||




Dua hari berturut tidak dipenuhi dengan aktiviti menulis BLOG ku ini. Bukan malas okeh, sibuk sedikit untuk kedua harinya. Sibuk dengan show sebenarnya, itu jela nak dikatakan. Bukan malas atau sebaliknya. Masa show dekat Nilai Spring tu, saya balik pukul 2AM dari pukul 2PM dekat sana. Hah lihat lama ke tidak? Lamakan.. Fuhh gilerhla rasanya..

Tetapi biarkan ia begitu lama, saya sentiasa memikirkan tentang BLOGGER² ini. Tidak senang duduk saya dengan tidak satu entri yang dikeluarkan oleh saya ketika itu. Semalam pula saya bercuti diatas ketidakpuasan untuk berehat dengan keadaan penatnya lagi. Tetapi ia dihabiskan dengan melakukan aktiviti luar kerana atas permintaan kawan. Tidak satu pun diwujudkan. Begitu sadisku rasakan ketika itu.

Dan pada hari ini, ku memetik-metik serta memicit-micit butir² huruf ini dengan keyakinan. Walaupun dalam keseduan, ku yakin akan hikmahnya. Penat masih belum sempatku lepaskan sudah datang kepenatan yang lain. Adehs macamana saya nak senang kalau bukan dari susahkan? Jadi dengan rela hati saya Take It. 

Datang je opis, dah bunyi kekecohan berlaku. Bukan kerana derang bergaduh ye TETAPI boss yang tidak reti berfikir tu buat hal. Diminta kepada kesemua staf Seksyen PK seramai 24 org, hadirkan diri di May Hotel KL pada pukul 10.00 AM. Tidak ke sengal belangkas namanya tu. Dari opis Putrajaya nak ke sana bukan dekat. Nak redah haluan jeam lagi bukan senang. Drive pejabat pula takde, cuti gamaknya dah hilang seminggu. Nak drive kereta sendiri gilerh ke ape? Nak claim pun kedekut tak kasi. Sesuka hati je nak suruh orang buat itu ini. Kalau kaya sangat, buat sajelah dekat Pullman Hotel area Putrajaya ni. Gigih sampai kesana tu ape pasal?!

Tak ke menyusahkan orang namanya. Hah kan saya dah membebel mengalahkan mak datin. Haish!! Hari ini jumaat Puan oi, pikiaq sikit. Bukannya KL tu macam Putrajaya, lengang je. KL orang pakat nak kuar g Jumaat Prayers lagi. Haish susahnya kalau dia hanya mampu memikirkan hal sendiri tetapi kebajikan pekerja dihampeh-hampehkan.. Betul hampagas laa ekau ni boss. Berseronoklah ekau sorang-sorang kat sana. Tak kebulur lagi kiterg nie kalau xdpt makan makanan hotel tu.. Saya baru je lepas makan kat hotel gak. Makan free je, xyah bayar pun. Huh!!

**Sabar apezs. Kerana SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN, betul tak rakan² ahakz **

|| Berdosa Besarkah Saya?? ||

Salam kepada semua BLOGGER yang sudah follow apezs atau yang masih dalam proses.


Tajuk bunyi macam saya dalam dilema yang amat dasyat bukan? Dan mungkin lebih dan kurang seperti itulah. Saya tidak tahu bagaimana hendak katakan. Sedih hari demi hari seperti ini, bilakah ia bakal pulih seperti sediakala? Bagaimana pula hendak lakukannya jika ada jalan penyelesaian itu.

Dah memikirkan caranya setiap hari, tapi masih tidak berjumpa dengan penyelesaiannya. Adakah saya sudah gagal dalam BERBLOGGING? Adakah saya perlu TUTUP sahaja blog ini dan buka sahaja yang baru. Serta mulakan menapak dgn kaki ini dari bawah semula? Hah begitu dilema rasanya diri ini. Apa mampu saya lakukan lagi, berserah sahajalah selepas ini.

Saya memohon maaf kepada mereka yg sudah FOLLOW saya tetapi saya tidak dapat FOLLOW kembali dalam keadaan mcm ini.

|| 200 blog! ||

Salam morning BLOGGER. Saya nak join segmen En Ben yg baru ni, cuma belom sepenuhnya segmen ini dibuka hanya perlukan lakukan ini BUT before that sesiapa yang nak join silakan klik ini. [Abg Muscle] :-


Done with header. segmen En Ben Ashaari.

Wednesday, December 22, 2010

|| segmen : Teka Meneka ||


 
Kenapa sesiapa yang nak join boleh meih klik sini [adek nice]

Jawapan apezs : Teddy Bear

Kenapa : Kerana bentuknya agak unik, ada 4 corak tangan kaki. Boleh terima tak jawapan ni efa?

|| Candle Light Dinner ||




Nah terperanjat gituuu, tajuk bukan main hebat lagi. Siapalah nak temankan saya agaknya kan. Tajuk hebat tetapi kenapa pula fotonya berlainan sekalikan. Macamane nak ditafsirkan ni? Biar saya tauke blog Apezs Slamber yang terangkan kepada korang semua ye.

Begini kisahnya. Bermulanya pukul 12.00 tengahari ni persiapan bagi menyambut event yang dibuat oleh Jabatan Penerbangan Malaysia. Tapi saya bukannya tetamu atau ahli yang bakal makan bersama-sama dato-dato, datin-datin tetapi saya adalah seorang penghibur dimalam ini.

Malam ini DCA singkatan bagi Jabatan ini mengadakan makan malam bagi kakitangannya. Jadi saya hanya mengambil kesempatan untuk menjadi salah seorang dancer malam ni. Sekarang sudah pukul 12.00PM kan, jadi memang kena menghadirkan diri di Nilai Spring. Kat hotel katanya buat makan malam ni. 

Saya tak boleh buang masa lagi ni, kena gerak dahulu. Kalau tidak saya terlewat kena ketuk ngan cikgu tari. Tak pasal-pasal aje. Malam ini adalah last show utk tahun ni maybe. Aritu ada 2 job lagi dpt cuma belom kompemkan lagi. We wait & see!! Daaaaa Sayonara (",)

|| Berlari Anak Menuju Ke Destinasi ||




Salam Selamat Pagi kalian semua. Gimana enak tidurnya? Nyenyak enggak?? Kalau enggak enak, boleh aja pergi balik tidurin lagi ya. Haha pepagi sudah ngomong Indonesia, kayaknya ku petah enggak? Pepagi kenalah sarapan utk kecergasan yang marvelous, tetapi this morning I don't take it.

When u come to be mine, u should ready inside and outside. Never give up when u start from begining. The shining will show where you can be after me. when you start, you must to finish that thing. nothing can change by self if you not do it with yourself.

Tuesday, December 21, 2010

Monday, December 20, 2010

|| What Your Problem? ||

What happend with u today hah MAYBANK2U. Penat la sesangat ni, asik tak boleh nak load je. Nak Sharing is Caring pun still can't. Habis mcmane nak kena buat ni? Takkan nak kena pergi bank and deposit cash kot. Tak sukala kena beratur time sekarang ni. Hari ni dah gaji so perlulah nak check, mana tahu ada kekurangan kelebihan tak ape. 

Tolongla, penat tau menunggu dah rasa mcm HOT!! Aaaaaaaaaaagh!!.. Tolong load sekarang, saya dah nak bertukar jadi serigala kacukan dah ni. Cepat!!! Cepat!!! Nanti ada pula yang kena makan ngan keyboard hehe..hehe.. apo jela ko ni apezs.!! Haish.

|| Mommy, I Want Married With .... ||

Mama, saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga ni. Cepat kawinkan saya, tak kesahlah mama carikan pun. Janji saya boleh kawen sekarang juga. Saya dah tak sabar nak ada anak sendiri, nanti saya dah tua macamane? Jadi kahwinkah la saya dengan calon yang mama nak kawenkan. Yang penting dia mama suka.

Calon yang mama perlu cari tu juga walaupun pilihan mama, ia harus seperti ini tau. Cantik dari segala, puith gebu, tidak terlalu bersosial, pandai ttg agama, boleh berikan saya zuriat sampai 1 padang bola, hormati org tua bla bla bla... Pasti mama  saya cakap

"Kamu ingat ape? Mama ni doktor ke? Nak kena check satu persatu ni. Haish, dia bukan kilang lahirkan anak sampai 10 padang sekali pun la. Manusia mcm kamu FAHAM!!!..."

Haha matilah eden. Kalau macamtu jawapan dari mama. Mama takpela, saya masih belum bersedia nak kawen sebenarnya. Tak sanggup nak kasi dia makan padang pasir di Mesir sekali pun. Nanti kalau saya sudah bersedia, saya akan berinfomasi dengan mama yea. Restukan saje tau.. Jangan mama halangnya lagi, kalau tidak saya kawen dengan anak makcik sebelah rumah.

Ini kisah sebenar yg terjadi, bukan diatas hehe. Jom baca :-

***

KOTA BHARU – Seorang duda dan janda akhirnya bersatu melalui ikatan perkahwinan selepas diperkenalkan melalui program Mencari Jodoh anjuran Persatuan Wanita Harapan dan Armalah Kota Bharu.

Penyatuan dua hati itu mencipta sejarah bagi persatuan tersebut kerana pasangan Maziah Abdullah, 47, dan Mohd. Shariff Talib, 53, adalah pasangan pertama bertemu jodoh dalam program yang baru dua bulan dilancarkan.


Pernikahan mereka dilangsungkan di Kampung Seri Pauh, Panji di sini semalam. : Kosmo

***

|| Selamat Pagi Demam ||




salam. morning semua.. Anything I miss yesterday or last day? Sorry not ON the all week coz im sick. Demam la pula, bila kena hujan sikit je demam cepat je. Dah la sabtu ada show tu BUT kena pergi juga langsaikannya. And I can do what I can jela. Jadi untuk hari ini saya masih lagi demam. Cuma kerja perlu disiapkan, jadi kenalah saya hadirkan diri.

Insyallah tak lama sehat la saya ni, sekejap je rasanya akan pulih. Yang penting air masak sentiasa saya kena minum. Kalau tidak bibir yg seksi ni akan kering... Wah bibir apezs seksi ke uol's haha.. hahaha.. Terlalu overlah u ni apezs!. Alah sape lagi nak puji diri sendirila, bukankah? ahakz!!

Masih belum menelaah surat khabar ONLINE pepagi ni. Tengah sarapan 2 hotdog spicy. Jap lagi akan diterjah. Asik dok bebel pasal saya je kan, korang lak mcmane? Dah sarapan ke? Apa menunya? jangan lupa share ngan saya.. Sharing is Caring tau hehe... (",)

Saturday, December 18, 2010

|| When You Get, You Will Be? ||

Kalau korang lihat pada gambar diatas, si danbo tengah berphotoshoot tu mesti ngat hebat. Saya hari ini berphotoshoot dimana? Nak tahu jom ikut saya. Still di WangsaMaju KL. Act takdela bergambar pun, saya nak pergi petang ni ke sana lagi atas urusan yang sama seperti semalam. [What I'm On Stage]

Hah yang tu la tajuk semalam bagi entry saya yang pulun tengah OTW. Tapi baru perasan, 2 hari berturut saya menggunakan Bahasa English utk ke-2 tajuk entri menari ni. Gilerh!! Gatai kaki atau tangan ape apezs tu. haha....haha..... janganlah kamu semua marah ye!! Kerana tiba-tiba terpacul dari mulut saya ini dengan perkataan-perkataan itu. Jadi saya tulis sahaja lor.

Selalu si apezs ni lari ucapan dari tajuk yang sebenar. Baiklah saya berbalik kepada tajuk asal. Kalau saya dah dapat sudah semestinya saya akan mengusakan apa yang mampu saya usahakan. Dapat?? Tak dapat ke? Begini : Jika saya sudah dapat pelajari semua apa yg telah diajar dan telah dipertontonkan jadi saya perlu lakukan apa yang terbaik untuk diri saya dan kengkawan.

Ok NOW dah fahamkan, alah ia berkaitan dengan my perfomens untuk malam ini juga. Sesiapa yang dekat dengan tempat saya tu, silakan hadir. Ia adalah satu event bagi membantu rakyat-rakyat yang mengalami situasi yang tidak disangka seperti banjir, gempar dll. Event ini diadakan untuk mengumpul dana dan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

Masuk hanya percuma, jadi jangan risaulah ye. Silakan datang walau seramai mana anda bawa pengunjung. Meriahkan lagi festival ini, bermula pukul 3PM-10PM. Haha....hahaha sekali lagi saya melarikan diri dari tajuk. Tapi kiterg start perfomance pukul 3PM, 4 lagu bawa. Oklah saya tak boleh membebel dah, karang lari dari tajuk lagi. Saya nak bersiap pula. Jumpa Esok!! Sayonara (",)

Friday, December 17, 2010

|| Bukan Ku Pinta ||

Alamak saya kena selesema kuatlah, macamane esok saya nak buat perfomance dengan berjaya. Kalau benda ni mengganggu saya ni, aaaaaahhh!!! Tak tahanla dengan selesema yang kuat ni. Rasa macam nak tinggalkan hidung kat rumah and pergi je ke sana.. Tapi boleh bayangkan tak? Rupa tanpa hidung haha... Pasti kelakar dan huduh habis.. Nak masuk tidur dulu, good nite... Salam.!!

|| What I'm On Stage ||

Mesti korang cakap gempaqkan, tapi memang gempaQ tu. Tidaklah segempaQ artis lain. Saya hanya suka-suka sahaja. Macamni sekarang ni saya OTW ke WangsaMaju/Wangsa Walk Kuala Lumpur. Ada show yg telah lama semua antara kami tunggu. Setelah sekian lama berlatih petang hingga ke malam..

Jadinya sekarang ini, tibanya kami untuk mempersembahkan segala apa yang telah dipelajari. Cuma tidaklah sehebat penari profesional. Hanya sekadar bersuka ria menari, ape pon kami akan buat yang terbaik. Dengar kata stagenya depan dengan Care4 Wangsamaju, tak pasti besar mana agaknya. Kalau kecil alamatnya terkedek-kedek laaa saya ni.

Dahla dengar cerita semalam dari cikgu tari, show kat Nilai Spring Hotel stage dia kecil gile. Dah tengok poto yg diambil cuma tak pasti bagaimana ni. Harapan saya biarla kosong sedikit diatas pentas itu. Janganla bersarat sangat dengan bunga-bunga, space untuk kami pasti habis. Dah ramai, stage kecil. Macamane nak bergerak tu? Bayangkanla.!!

Eh dah lari daripada tajuk sudeh. Jadi saya nak undur diri, nak bersiap dulu. Karang lintang pukang aje, tanpa apa-apa. Macamane tu? Haha..Haha.. Esok pon still ada juga..Sayonara (",)

|| Kedua Atau Seterusnya? ||

Ini bukan saya nak memilih kekasih hatila uol's. Saya tengah usahakan satu lagi percubaan tutorial yang diberikan oleh blog speechless moment~. Kali ini berkaitan pasal sesiapa yang berhajat nak buat tulisan dia seperti blink-blink. Itu satu part yang saya rasa amat suka ni nak dibuat pada entri kita. Korang mesti nak tahu mcmane yang saya maksudkan tu bukan?

Jadi jom kita terjah :

Cinta bukan terletak pd ucapan yg berulangkali..cinta tidak pernah berubah,cuma insan yg mengubah hatinya..Insan yg menangis kerana cinta bukanlah bererti jiwanya lemah,tetapi itulah diantara bukti sebuah cinta yg hebat dan bukanlah suatu permainan.. Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh e2 bukan ditangan mnusia..atas kasih syg Allah, kau dan dia dipertemukan dan atas limpahan ksihNya jua kau dan dia dipisahkan krna hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya??


See Guys/Gurlz dah jadi pun kan? Seronoknya dia tengah blink-blink, nak melonjak keseronokkan rasa dihati. Kalau ada yang nak cuba silakan aju pertanyaan hehe..(",)

|| Percubaan Pertama dr Saya ||

Hari ni saya nak buat satu percubaab tentang tutorial yang telah diajarkan. Macam seronok tengok cara yang ditunjukkan dalam blog dia. Nak tahu siapakan? silakan terjah blog ini tau, mana tahu korang pun nak belajar juga cara-caranyakan. Okeh sila klik ini [mulot terkatup]. Blog dia mmg banyak memberikan info tutorial yang berkesan dan menarik sangat. Jadi apa nak buang masa lagikan, mai tengok saya nak mencuba 


Penglihatan yang terbaik adalah penglihatan yang pandai memahami kedudukkan seseorang itu. Biar jauh berada tapi penglihatan yang ditembusi dapat merasakan apa yang sedang terjadi. Mana datang penglihatan yang terbaik? Kalau bukan dari kewarasan minda seseorang. Jangan jahilkan diri dek kerana kamu adalah seorang yang buta. Biar buta dimata tetapi jangan buta dihati.

Itulah yang saya cuba lakukan. Adakah dia menjadi ye? Korang ase cantik tak macamtu? Haha harus lepas ini saya nak cuba dientry yg lain. Dia boleh kurangkan atau jimatkan ruangkan? Betul tak?

|| Dulu Aku Nakal ||

Waktu dan ketika ini saya nak join segmen terbaru dari En Ben. Sesiapa yang berminta nak join boleh sahaja. Sila klik ini, untuk info lebih padat. [lengan gym]

Nah jom tengok saya punya jawapan :

1) Nama sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk tahun?
   ~ Sek. Ren. Keb. Anak Kurau (1992-1993) + Sek. Keb. Toh Sajak ( 1994-1997) & Sek. Men. Keb. Dato' Kamaruddin (1998-2003)

2) Aktiviti kokurikulum yang korang ceburi?
~ Ahli Koir, Ahli Tarian.

3) Jawatan yang disandang dahulu?
 ~ Seorang Pengawas Sekolah (dari sek. rendah - sek. menengah) hehe...

4) Nama guru kesanyangan korang?
  ~ Zainal Abidin (cikgu sains), muka seiras Hritik Roshan.

5) Subjek paling disukai dan tidak suka?
  ~ Paling suka sains dan seni. Yang tidak suka sejarah.

6) Kawan baik masa sekolah?
  ~ Nama dia Muhd Zamani. Sekarang sudah lama tidak berjumpa, kerana arah hidup yang sudah berubah.

7) Cita-cita masa sekolah dahulu?
  ~ Ingin menjadi seorang peguam a.k.a Lawyer. Tapi mama cakap saya memang seorang lawyer buruk.

8) Artis feveret masa sekolah dahulu?
  ~ Hritik Roshan sampaila sekarang. Saya pernah gelarkan diri Apezs Roshan. IC pon siap print ada muka dia haha..

9) Perkara yang tidak dapat dilupakan masa sekolah?
  ~ Saya pernah berkali-kali kena 'ngorat' dgn pelajar perempuan tetapi bukan sebaya. Dari tingkatan 3-5. Setiap pagi pasti ada surat didalam laci meja sekolah. Tetapi alhamdulillah tidak pernah terjebak dengan dunia cinta monyet. Pelajaran yg pertama.

10) Jika dapat kembali ke zaman persekolahan, apa yang ingin anda lakukan?
  ~ Saya ingin perbetulkan kehadiran saya waktu itu. Ingin sesekali menjadi seorang yang sangat berdedikasi dalam mata pelajaran serta aktiviti yang lain.

11) Ceritakan kenakalan yang tidak dapat dilupakan sewaktu sekolah dahulu?
  ~ Wawa bagaimana nak cerita. Mmg takde kisah nakal ni. Adehs!! Nanti saya fikirkan haha...

|| Bagaimana Cara-Caranya ||




Berakhir sudah kesedihan yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertauliah itu. Kembali dah saya disini lagi. Kali ni saya buntu dek kerana tidak dapat nak add & follow kat ruangan dashboard tu. Dikatakan sudah cecah 300 follower yang saya follow. Jadi disini bagaimana hendak saya buat lagi?

Apa yang perlu saya buat supaya saya masih dapat untuk follow diblog yang lain. Blog yang masih menanti saya untuk memfollow serta menjejakinya. Macamane nak buat lagi? Perlu ke saya adjust dia punya setting jika ada?

Ada sesiapa dekat sini tahu cara untuk dilakukan pada my add persons blog nie.. Buntu sudeh, gimana sih!! Tiba² indon loghat terkeluar ni. Bantuin si'. (",)

Thursday, December 16, 2010

|| Jangan Bermuram Durja ||




Buat pertama kali saya tidak ingin menyatakan tetapi akan menyatakannya. Buat hari ini saya tidak akan meng'update'kan entri blog yang banyak bagi hari ini. Kerana dari semalam sehingga ke hari ini, saya tidak tahu mengapa dan kenapa orang nak memaki, mencaci, mengkeji, mencharut saya.

Apa salah saya sehinggakan semua ini berlaku. Saya tidak pernah nak ada niat untuk bergaduh, bermusuh jauh sekali dengan korang semua. Penulisan, status, pemilihan kawan-kawan tidak kira dimana juga saya berhak untuk memilih apa yg saya suka. Masing-masing punyai hak.
Jangan kerana itu korang dengan senang hati hendak judge saya tanpa mengenali saya terlebih dahulu. Saya bukan robot yg cute, hanya mampu tersenyum dalam cacian. Saya punyai hati, perasaaan serta martabat maruah yang masih lekat didalam. Cuba anda banyangkan dengan sendiri jika semua itu dituju kearah kamu. Adakah kamu tersenyum dan hanya menahan telinga, TIDAK saya rasa lebih teruk. Mengamuk satu dunia yang kamu tengah marah.

Saya pun begitu tapi tidak sehingga satu dunia tahu, hanya sekadar dalam hati serta perbuatan yang saya lakukan. Perbuatan itu seperti menghempaskan barang, agar hati dpt tenang. Tapi korang mampu ke lakukan mcmtu? Tolonglaa penulisan ini hanya sekdar suka-suki saya dalam dunia maya. Jangan hanya melihat gambar saya korang dengan senang hati judge ikut pakai mulot. Guna hati Cerahkan minda Lapangkan dada baru judge orang. Berdosa kalau ia dapat dijadikan satu bahan fitnah!!!

p/s : saya pun tidak mahu berleter panjang. Jumpa next entry jika masih ada. Sedeh dengan korang!!..

Wednesday, December 15, 2010

|| Fuhyooo Malaysia Menang!!! ||


SALAM..

Saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan TAHNIAH yang teramat besar kepada Malaysia diatas kemenangannya dengan pihak lawan iaitu Vietnam. Tak sangka Malaysia adalah juara ditempat sendiri. Siapa sangka bukan? Walaupun saya tidak berminat untuk bermain bola serta tidak dapat menonton perlawanan bola sepak. Saya tetap penyokong Malaysia.

Kita tengok esok apakah review yang bakal dibuat oleh pihak-pihak tertentu. Yang pasti Malaysia menang ditempat sendiri. Alhamdulillah, semoga kejayaan ini bakal membuka mata seluruh rakyat Malaysia bahawa MEREKA juga mampu mencipta rekod tersendiri. Hidup Pasukan MALAYSIA, 1MALAYSIA, MALAYSIA BOLEH!!!! Amin.

p/s : selamat malam semua kaki BLOGGER.

|| Ini Kisah Lawak Kamu Ke? ||

Tengah kusyuk bersembang dengan member sebelah meja tadi. Terpancul satu kisah yang tak pernah saya akan ingat. *takdela nak hapus terus. Dia mulakan dengan kisah agak sedikit lucu pada saya.

[Dalam lift]

Makcik : Kamu ni datang dengan siapa?

Kawan : Saya datang dengan mak saya. 

Makcik : Oh! datang dengan mak la ni. Mana mak kamu? Ni nak pergi mana?

Kawan : Mak kat dalam opis dia. Nak turun bawah kejap.

Makcik : Mak kamu CC tu yea..

Kawan : Bukanlah makcik. Mak saya Kak Tipah.

Makcik : *muka blur*

**Story yg nak diceritakan disini adalah. CC tu adalah pangkat dalam Bahagian ditempat kerja. CC rujuk kepada Chief Clerk. Kawan tu budak lagi tak tahu apa mksd CC, diingatkan makcik tu panggil mak dia dgn nama CC. 

Ini kisah ku :

Makcik : Along tengok tu, rajin budak cina tu datang jengok ayah dia tengah buat kerja kontrakter tu. Balik sekolah datang jumpa ayah dia dulu.

Mak : Mana Som?
Makcik : Tu hah yang tengah kayuh basikal tu.

Mak : Heh itu anak akulaa. Masa bila pula dia ada ayah cina. Dia nak amik adek dia balik sekolah samalaa Som. Anak aku pun kau tak kenal dah.
Makcik : Lor aku ingat anak cina yang buat bangunan sekolah sebelah sana tu. Muka macam cina aku tengok haha. Maafla Long..*malu...

**Ini mak saya yang ceritakan masa dia balik kerja dari sekolah. Saya hanya mampu ketawa sekuat hati jela. Esoknya mmg pergi terus jumpa makcik tu. Nak tunjuk muka agar dikenali lagi hehe.. Memang lawak time tu.

|| Sambungkan Puisi Jiwang ||


Yes memang panjang lagi perjalanan nak buat bagi penulisan ini. Kalau boleh nak selesaikan dengan segera, supaya ada jalan penyelesaian yang lain. Bab yang hendak disambung sekarang ni masih dalam proses kerana BLUR!! haha..hhaha idea xnak datang.. Jadi mcmane nak cari idea untuk teruskan penulisan saya ni.
sapa ada idea nak kasi kat saya CEPAT!!

Mesti korang ingat, penulisan apakan..
Tu hah yg kat atas ni.. nak sambung lagi BAB nya.
Kalau boleh nak postkan setiap sejam haha..
Gilerh!! banyak idea kan.

Semalam baru je saya updatekan untuk BAB 3, bakal menyusur adalah BAB 4. Cuma idea nak mulakan bab tu masih belum dapat. Dimana harus saya pertengahkan serta permudahkan. Banyak sel-sel kepala yang perlu saya gunakan. Kalau tidak sel-sel kaki yang banyak saya guna.

|| Jom Kita Berkenalan ||




I'm Done put the header. *Wah speaking, mcm betul je.
 En Ben sertakan segmen terbaru lagi utk kaki-kaki BLOGGER. Jadi kenapa masih nak tunggu lagi korang. Jomlah sertainya sekali. Nak tahu lebih lanjut yea, BOLEH meih sini. Cuba klik ini okeh! [abg gym].

Nak ikuti segmen ni ada soalan yang perlu dijawab.
So meih tengok ape yg apezs jawab :-

1) Bila mula buat blog?
~ Oktober 2009.

2) Jumlah follower sekarang ini?
~ 271 people's

3) Berapa trafik harian?
~ Bila hampir je ke pukul 11.59PM, saya akan lihat. Dalam 90-120 je selalu.

4) Sehari berapa entri?
~ Saya mampu lakukan dalam sehari hanya 6-9 sahaja.

5) Berikan satu blog yang korang suka baca?
~ Alamak satu je ke En Ben. Sudah semestinya En Ben. [BEN ASHAARI]
*Maaf bukan bodek tp kenyataan. Tapi yg lain tetap saya singgah.

|| Melantak Tengahari ke? ||




Wallah seleranya dia makan tengahari.
Tak pandang kiri dan kanan sudah. Malahap tahap gaban tu,
suap demi suap dia masokkan dalam mulut dia. Haish tengok tu,
tidak dihiraunya kita sedang bersembang ngan dia.

Dia ingat kita tunggul yea dekat sini, cuba pandang sini.
Saya tengah bercakap dengan awak sayang. Bukannya saya 
bercakapdengan Burung KakakTua yg berwarna-warni itu.
Sedap sangat ke makanan yang awak tengah makan tu sayang?

Adehs!! Berapa semua yang kena bayar ni?
Takut nanti saya pula yang kena basuh segala pinggan
dibelakang tu. Tak mampu nak bayarkan. Siapa nak menjawab 
dengan my BOSS, kalau tak sempat nak masuk opis after lunch.?

Hahaha begitu lawak agenda itula apezs. Kaw bab nak kuarkan idea bengong suka sangatlakan. Kawan-kawan BLOGGER saya minta maaf ye. Tiada perkara yang terjadi pun seperti itu. Cuma berasa seronoknya kalau saya dapat makan seperti itu tika ini. Tetapi sayangnya dek kerana perkara yang membuatkan diriku moody serta kurang ceria seketika ini. Mahukan sesuatu yang dapat menggembirakan hatiku yang lara. Saya mahu lupakan segala apa yang telah terjadi. Ingin ku makan apa yang ku rasa nak makan. Ku perlukan 'ia' dalam minitku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Q Jerit Cepat !


ShoutMix chat widget

Followers Q