About Me

My photo
Cinta bukan terletak pd ucapan yg berulangkali..cinta tidak pernah berubah,cuma insan yg mengubah hatinya..Insan yg menangis kerana cinta bukanlah bererti jiwanya lemah,tetapi itulah diantara bukti sebuah cinta yg hebat dan bukanlah suatu permainan.. Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta krna hakikatnya jodoh e2 bukan ditangan mnusia..atas kasih syg Allah, kau dan dia dipertemukan dan atas limpahan ksihNya jua kau dan dia dipisahkan krna hikmah yg tersembunyi. Prnahkah kau terfikir kebesaranNya??

Thursday, October 21, 2010

|| NewsPapeR 0NLiNe ||

salam morning kepada semua blogger², sahabat handai, kenalan rapat, kenalan merapek serta pd kawan 'muka buku' apezs shah. Sebelum lakukan kerja, pepagi nie on paper online sambil breakfes. Nasi goreng pagi nie sedap la pula, ada ikan bilis goreng. Sambil makan sambil la membaca paper online. Banyak yg best utk dibaca hari nie. Tak sangka rupenya yg berlaku di Britain kelmarin tu bukan disebabkan protes ttg kenaikan umur pesara semata-mata tetapi bajet yg dibentangkan. Kerajaan Britain telah menaikan cukai, menurunkan gaji pekerja serta mengurangkan pekerja sektor awam. Itu salah satu yg telah dicatitkan dalam paper arinie. Cerita selama ini yg dibaca skrang baru tahu kisah yg boleh dikatakan benar. Walaupon kita negara yg nilai mata wang tidak setinggi mereka, tapi alhamdulillah syukur walaupon bajet yg dibentangkan sesetengah atau segolongan tidak menyenangi. Rakyat masih waras utk berfikir dengan tenang walaupon hati bergelora. Tak mahula ada sikap mcmtu, membahayakan perjalanan kerja setiap orang sahaja. Yang mana bole dibincang sebetulnya dibincang mungkin tidak perlulah dengan memprotes dengan kadar yg berat. 


Itu adalah salah satunya, cuma disini apezs nak kongsikan paling menarik juga. APABILA lelaki bernama Dr. Brady Barr memutuskan untuk menyarungkan ‘kostum’ buaya bagi mendekati, mengenali dan memahami realiti kehidupan sebuah koloni buaya yang diketahui merupakan haiwan pemangsa yang ganas di sebatang sungai di Tanzania pada tahun 2007. Siapa sanggup!?? Ko mampoooou? I xmampu uols..!! Giler kan Dr. Brady nie. Tapi nak diceritakan kat sini itu adalah salah satu aktiviti atau cara yg dia lakukan bagi mengenali serta mengetahui segala apa yang sebenarnya terjadi dalam dunia haiwan ganas nie. Dia bukan setakat bergaul dengan buaya malahan banyak lagi haiwan ganas yg lain seperti ikan jerung, ular berbisa, badak air, sotong gergasi dll. Banyak yang nak disebut tapi tak mampu terlalu banyak. Dia menyamar seekor buaya mmg tidak terfikir dek orang la. Bukan calang² buaya dia masok nak selidik. Merupakan daripada jenis Nile yang boleh membesar sehingga 6.1 meter (20 kaki) panjang.Fuhhh perasaan lega yg dilafazkan jela. Memang pelbagai kesah dalam berita setiap hari, cuma nak tak nak je membaca. Apezs selalu membaca paper online nie disebabkan apezs jarang tgk berita atau TV. Sarapan pon dah habis, kerja pula sudah menunggu. Harapkan semua enjoy the day okeh..


**p/s http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1021&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm 
kalau nak melihat gambar² dia di dunia haiwan ganas..:)

2 comments:

Anonymous said...

Hey i am suuper boy

apezs shah said...

|anoy| what u mean yeah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Q Jerit Cepat !


ShoutMix chat widget

Followers Q