 |
Perbesarkan Photo, Utk Jelas
|
Siapa sangka? Saya sendiri pun tidak sangka, inikan pula PM kita pun tak sangka. Angelina Jolie datang melawat BLOG apezs tahu?? Tengok picture tu. Angelina Jolie datang lawat blog apezs tauuu... Jangan jeles okeh.!! Apezs nak kecoh satu DUNIA yang A.J datang tengok serta baca blog apezs. Siapa pun jangan jeles dan marah FAHAM!! Dia siap cakap kat shoutbox tu:-
"Sweet site, super design and style , very clean and employ genial." katanya A.J.
Haha korang mampooo? Tak kan. Kini ku berdiri diatas kaki sendiri tahu. Dah pergi wat entri yang apezs dapat kunjungan Angelina ni CEPAT.. Kalau tidak, tak mahu kawan kamu orang.
- Apezs bangun-bangun!! Mimpi apa petang-petang ni, hah tidur lagi petang macamni. Baru balik kerja tu, pergilah mandi. Cergas sikit badan tu, dari membuta aje keje. Badan saya penat lah tuan ahakz. Lor saya bermimpi rupanya.
Ingatkan semua itu hanya realiti tetapi mimpi dong mas. Citts!! Malu saya, rupanya Angelina sahaja bukan Angelina Jolie lah korang. Saya minta maaf yea, tak moh dah riak-riak ni. Tak elokkan, kan padam muka kat saya sendiri.
Angelina ni saya sendiri tidak tahu datang dari Negara mana. Sebab diikutkan pada carta tu banyak negara yang datang melawat blog apezs dari hari ke hari. Pelik pun ada juga, derang faham ke ape yang apezs ngomel yea?
Angelina ni dia datang dari blog ini. Klik sini --> [A.J]. Ikutkan selalu jugalah, blog ini datang melawat ke blog apezs. Derang selalu datang hantar jeritan kat shoutbox tu.Cuma yang datang singgah dan tinggalkan kesan, selalunya apezs pergi balik akan ke blog tu la. Nama dtg hari-hari lain tapi blog sama je. Camne tu hehe.
Apezs sendiri tak faham sebenarnya, apa yang ditulis kat blog itu. Sedikit-sedikit tu adalah juga faham. Tidak kesemuanya, biasalah saya bukan pandai berbahasa omputih ni. Pandai sebut je, kefahamannya bawah 50% ahakz. Sekali lagi minta maaf yea, saya hanya sekadar bergurau selepas terjaga dari tidur. Jangan tak datang blog saya dah.. Ampun mak eton gunung tebung..(",)