About Me

My photo
Cinta bukan terletak pd ucapan yg berulangkali..cinta tidak pernah berubah,cuma insan yg mengubah hatinya..Insan yg menangis kerana cinta bukanlah bererti jiwanya lemah,tetapi itulah diantara bukti sebuah cinta yg hebat dan bukanlah suatu permainan.. Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta krna hakikatnya jodoh e2 bukan ditangan mnusia..atas kasih syg Allah, kau dan dia dipertemukan dan atas limpahan ksihNya jua kau dan dia dipisahkan krna hikmah yg tersembunyi. Prnahkah kau terfikir kebesaranNya??
online counter

Friday, December 3, 2010

|| Jawatan Kosong yg Perlu Diisi ||

Salam kepada semua BLOGGER tegar!. Saya ada pengumuman yang hendak dibuat. Hanya ingin membantu dikalangan blogger atau sedara blogger yang masih mencari kerja. Di Ministry saya mengeluarkan pekeliling utk ruangan jawatan yang kekosongan. Untuk diisi bagi warganera Malaysia. Jika ada yang ingin mencuba mengisi kekosongan ini sila ke laman web ini www.moe.gov.my untuk meneliti segala yang diperlukan.


IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1
DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa terdiri daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong yang tersebut di bawah:-

5.Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
1. a) Jawatan : Pembantu Am Pejabat Gred N1
    b) Agensi  :  Kementerian Pelajaran Malaysia
    c) Kumpulan : Sokongan
    d) Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
    e) Kekosongan : Di Bahagian/Jabatan, Jabatan Pelajaran Negeri dan Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di seluruh Malaysia

2. Jadual Gaji : Gred N1:
P1T1 RM649.15 – P1T22 RM1506.79
P2T1 RM691.62 – P2T22 RM1583.49
P3T1 RM735.72 – P3T22 RM1661.82

3. a) Elaun : 
i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam – RM 95.00;
ii) Imbuhan Tetap Perumahan – RM180.00;
iii) Bayaran Tetap Insentif Wilayah (jika berkenaan);
iv) Elaun Bertugas Rasmi; dan
v) Bantuan Sara Hidup (COLA)

4. b) Kemudahan : 
i) Cuti Rehat (20 hari setahun);
ii) Faedah Rawatan Perubatan ; (diri, isteri/suami, anak-anak dan ibubapa);
iii) Pinjaman Perumahan;
iv) Pinjaman Komputer; dan
v) Faedah Persaraan (Berpencen)/ Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Lantikan Terus :
i) Terdiri daripada warganegara Malaysia.
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
iii) a) Tamat Darjah 6 Sekolah Rendah
    b) Berpelajaran di peringkat Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan ATAU kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan,
    c) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik ( Gaji permulaan ialah pada Gred : P1T2 )

6. Penetapan Gaji Permulaan : Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred N1 boleh ditetapkan oleh pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

7. Taraf Jawatan : Tetap
    Tempoh Percubaan : Pembantu Am Pejabat Gred N1 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

8. Kursus Induksi/ Peperiksaan
Pembantu Am Pejabat Gred N1 dalam tempoh percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.

9. Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan :
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Am Pejabat adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

10. CARA MEMOHON
10.1 Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan atas talian yang boleh di layari di http://www.moe.gov.my

11. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
11.1 Tarikh tutup permohonan adalah 31 Disember 2010 .

12. MAKLUMAT TAMBAHAN
a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga;
b) Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan yang terlibat bagi calon-calon yang akan menghadiri temuduga ini;
c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya;

6 comments:

theflow said...

tanx for the info

Sheherazade said...

waaa,thanks!!!

husband akak pembantu makmal he2

Anonymous said...

masih belajar..
sowie ek!

apezs shah said...

|amirah| hehe welcome..;)

|peri| kak xpe..
saje untuk info. mana tahu ada kawan ke.

|LI| alah ok xpe..
untuk info pd yg mencari ke.

ferdaus al-adney razlan said...

bgs.. nanti kalo i nak keje, tlg bg info gak aeh. :)

apezs shah said...

|ferd| yelah sayang oic!...
u memang pun haha..:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Q Jerit Cepat !


ShoutMix chat widget

Followers Q