Waktu dan ketika ini saya nak join segmen terbaru dari En Ben. Sesiapa yang berminta nak join boleh sahaja. Sila klik ini, untuk info lebih padat. [lengan gym]
Nah jom tengok saya punya jawapan :
1) Nama sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk tahun?
~ Sek. Ren. Keb. Anak Kurau (1992-1993) + Sek. Keb. Toh Sajak ( 1994-1997) & Sek. Men. Keb. Dato' Kamaruddin (1998-2003)
2) Aktiviti kokurikulum yang korang ceburi?
~ Ahli Koir, Ahli Tarian.
3) Jawatan yang disandang dahulu?
~ Seorang Pengawas Sekolah (dari sek. rendah - sek. menengah) hehe...
4) Nama guru kesanyangan korang?
~ Zainal Abidin (cikgu sains), muka seiras Hritik Roshan.
5) Subjek paling disukai dan tidak suka?
~ Paling suka sains dan seni. Yang tidak suka sejarah.
6) Kawan baik masa sekolah?
~ Nama dia Muhd Zamani. Sekarang sudah lama tidak berjumpa, kerana arah hidup yang sudah berubah.
7) Cita-cita masa sekolah dahulu?
~ Ingin menjadi seorang peguam a.k.a Lawyer. Tapi mama cakap saya memang seorang lawyer buruk.
8) Artis feveret masa sekolah dahulu?
~ Hritik Roshan sampaila sekarang. Saya pernah gelarkan diri Apezs Roshan. IC pon siap print ada muka dia haha..
9) Perkara yang tidak dapat dilupakan masa sekolah?
~ Saya pernah berkali-kali kena 'ngorat' dgn pelajar perempuan tetapi bukan sebaya. Dari tingkatan 3-5. Setiap pagi pasti ada surat didalam laci meja sekolah. Tetapi alhamdulillah tidak pernah terjebak dengan dunia cinta monyet. Pelajaran yg pertama.
10) Jika dapat kembali ke zaman persekolahan, apa yang ingin anda lakukan?
~ Saya ingin perbetulkan kehadiran saya waktu itu. Ingin sesekali menjadi seorang yang sangat berdedikasi dalam mata pelajaran serta aktiviti yang lain.
11) Ceritakan kenakalan yang tidak dapat dilupakan sewaktu sekolah dahulu?
~ Wawa bagaimana nak cerita. Mmg takde kisah nakal ni. Adehs!! Nanti saya fikirkan haha...
14 comments:
budak baik le ni..x de buat nakal.. Hrithik roshan..mamat hindustan gak awk ni yer
|zuan| Saya mamat hindustan jika Hritik Roshan ada je.. Kalau takde, saya tak tgk pon movie tu.. Baiklah juga u.. Tak tahu ape nakal yg dah I buat kan....;)
hoho...apezs bdk baik ekeke :)wo..peminat hindustan rupanya...hrithik roshan tu byk keistimewaannya huhu :)
|efa| Baek jugalaa kot..hahaha... aiyooo suka juga yea.. berebut kite sekarang hehe..;)
vhavhaaa peminat hrithik roshan rupanyee..hehe
budak baik gak ni..hihi
WoW! Apezs Roshan ramai peminatla time skolah dulu.. Setiap pagi ada surat cinta dalam laji meja? best2.. ;)
|kalamhati| Peminat setia ni tau.. baek tu adalah .. jahat atau nakal susah nak ase ada laa u hehe..
|Zwan| Hehe kisahnya kan.. tu laa gerun bila asik dpt surat..;)
hekhekhek. saya aweks ganas, anda jejaka sopan! awwww~ hakhak :DD
Sama lah kte. Pengawas sekolah dari sekolah rendah. Garang tak awk ni ??
|Bella| Hehe saya mmg sopan je.. kalau nakal. mak selalu marah.. teruk2 pulak tu..;)
|rabiatul| Saya tak garanglaa u.. Kalau garang nanti ada org marah.. saya cuma skema je.. skrg dah hilang semua skema tu hehe...;)
wahhh ramainya peminat die zaman skolah dulu...kencang2
mesti hot zaman skolah ni an..haha
datang dari umah encik ben ashaari singgah sini cari kawan.. salam ukhwah=)
Post a Comment