Assalamualaikum  dan salam kenal pagi kepada semua. Pagi Rabu adalah waktu untuk  kakitangan yang sudah bekerja. Kerja masih bersepah untuk disiapkan,  cuma intergriti yang diperlukan pada semua. Yeah!! Sekarang saya pun  tengah melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Cuma yang sukarnya,  saya nak menggerakkan badan ke arah kerja masih kurang 60%. Asik nak  mengadap Facebook dan entri BLOG yang sudah di'update'kan saje kerjanya.  Tapi pagi ini saya kan melunaskan kerja yang masih ada dengan sebaik  mungkin. Insyallah - Dengan Keizinan Allah. Semua kerja yang perlu  dilaksanakan saya akan siap dengan gayanya... Wah mcm iklan pulak..  kan..kan..
Sebelum  mulanya kerja, saya selalu akan mencerdaskan diri dengan makan pagi dan  baca paper. Sarapan hari ini nasi goreng kg. dan sosej (ini adalah menu  rutin setiap pagi) tetapi tidak selalu. Hari ini tidak ON diet, jadi  saya leh makan.. Diet ke? mestila.. Macam korang tak pernah diet  kan...Sudeh PROP saje.. Turun pergi CAFE selepas letak semua barang ke  pejabat, langkah je kaki ke cafeteria blok E12. Gelap gelita, mula  terfikir tak buka ke cafe arinie.. motep den dah turun penat-penat tak  buka pulak. Lapa sangat ni, jahatam betul. Selepas meneliti dengan  halusnya, cafe tu buka tapi lampu yang tidak dbuka sebab pekerjanya lemb  sedikit ini pagi haha... Penjaga atau tukang kira dikaunter hari ini  pakcik bukan arg muda yang selalu, so RINDU nak tengok dia pagi ini.  Oooops terlepas pulak. Korang diam-diam jea tau, antara kita je. Jangan  cakap kat PAKCIK tadi yang I selalu tengok anak dia. Jeng jeng jeng!...
![]()  | 
| SUMBER : KOSMO ONLINE | 
Sambil suap makan pagi, sambil baca paper KOSMO  online. memang sedeh dengan kejadian yang terjadi. Saya sekarang memang  tidak faham, kenapa dunia sekarang ni. Apa yang anak-anak muda tidak  puas hati dengan kedua orang tua mereka. Apa yang mereka dah buat dekat  derang, sehinggakan derang sanggup atau tergamak membunuh kedua ibu bapa  mereka. yang telah bersusah payah membesarkan kehidupan mereka selama  ini. Bukan senang ibu bapa nak menjaga mereka selama ini. Adakah itu  balasan yang setimpal derang balas kpd kedua ibu bapa?? Adakah?  Mengapakah? Siapakah yang bertanggungjawab? Apakah dosa-dosa kedua ibu  bapa mereka lakukan terhadap anak-anak ini. Semakin hari semakin teruk,  risau dan takut bermain diminda saya. Tolong jauhi semua ini dalam  harian ku Ya Allah!!.. Lindungi kami semua Ya Tuhan... Kawan-kawan jika  ada yang tidak berpuas hati dengan kedua ibu bapa, jangan terlalu  ikutkan hati, tapi berbincang dengan senang hati.
p/s : Syurga dibawah tapak kaki Ibu.


4 comments:
u.. siapalah anak makcik itu... esok nk p mkn kat e12 lerr
|fasl| wah nak dtg sini ke? sanggup tu...:p
bunuh lagik???x habis2 kes bunuh kat msia...hohoho
|nur| kan rasa sesali sgt..
Post a Comment