About Me

My photo
Cinta bukan terletak pd ucapan yg berulangkali..cinta tidak pernah berubah,cuma insan yg mengubah hatinya..Insan yg menangis kerana cinta bukanlah bererti jiwanya lemah,tetapi itulah diantara bukti sebuah cinta yg hebat dan bukanlah suatu permainan.. Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta krna hakikatnya jodoh e2 bukan ditangan mnusia..atas kasih syg Allah, kau dan dia dipertemukan dan atas limpahan ksihNya jua kau dan dia dipisahkan krna hikmah yg tersembunyi. Prnahkah kau terfikir kebesaranNya??
online counter

Saturday, November 6, 2010

|| casTiNg or PastiNg ||


Petang yang masih lagi terasakan kebosanannya, sekarang ini tengah menunggu salah seorang kawan balik dari berjalan-jalan. Katanya ke IKEA dengan 0pismate dia, apa lagi barang yang dibeli tak tahulah. Sekarang ni kalau nak bercerita pasal boring/bored/bosan/buhsan takkan habis.

Jadi apezs nak ceritakan sedikit apa yang telah apezs lalui. Dalam tempoh baru 36jam (agaknyelaaa) haha. Semalam hari jumaat adalah hari cuti juga. Tengahari apezs and abg pergi Solaris Mont Kiara. Tahu ape yang apezs buat kat sana? Ingin seumur hidup mencuba benda yang baru dan amat meminati. Nak tahu x!? Tak nak ke. Alaa dengarla, korang ni tak kesiankan apezs pon kan. Apezs ada casting!! untuk model iklan HSBC. Mula-mula mmg NERVOUS gilerh oke! Sapelah yang mampooo tandingi model-model lain kan, apezs ini hanyalah manusia biasa sahaja. Ok berbalik kepada casting kat Mont Kiara tu. Mula-mula mencari juga la, sebab tak pernah sampaikan. Jadi apezs pon asik call derang, diberila direction.Fuhh!! Bila dah sampai, korang tahu apa? Apezs terperanjat beruk okeh!.


Tahu ada apa kat dalam tu, African People tengah buat audition berboxer haha. Apezs ingat salah tempat atau alamat. Naseb cik Lisa keluar dr konti dia, nampak apezs. Betul la itu tempatnya, rupanya dia cakap time itu ada casting untuk African People for SUZUKI Comercial. Lega didada tak tahu nak kata la. Tunggu punya tunggu, cik Iko Ira buat casting untuk apezs. Dia bagi jalan cerita serta cara-cara. Yelaaaa inikan 1st untuk apezs, dia pon faham rasanya. baik sangat derang ni. Apezs suka sangat!!. Cantik tu jangan ceritala, perghhh gilerh cantik. Anak orang kayakan. ;) . SELESAI semua step yang perlu. Apezs balik lah kerumah.


Today Hari kedua (sabtu), apezs ada casting lagi dekat Mentari Building Bandar Sunway. This casting pula untuk Maybank. Ini senang sahaja cari sebab selalu ke Bandar Sunway tetapi yea diatas pertolongan my friends ini ADAM & AMIE juga. Kemudian pergila casting, kali ini dialog dia fuhhh panjang dan agak cerewet yang meng'casting'kan apezs ha ha ha. Yang penting apezs harus mencuba kalau tidak kita tak akan tahu dimana kemampuan kita. Cubalah kalau gementar mcmane sekali pun hehe. Di situ pun apezs habiskan masa 1 jam lebih untuk casting serta lunch. Now dah ada kat rumah mcm biasa lor.


Sekarang ini, apezs berdebar-debar pasal esok (ahad) masih ada casting kat Solaris Mont Kiara juga untuk iklan YTL pula. Cuma itu apezs tidak berapa pasti sebab derang akan call untuk casting. Kerana juga iklan ini more to chiness nya orang derang nak. Melayu pon nak tapi xramai. So I just WAIT what be happend je.!!



p/s : Fuhh!! sambung balik buhsan itu ha ha ha...

2 comments:

CekLa said...

uihhh!! macam best je apesz!

apezs shah said...

|cekla| Hehe mcm best ke? takdela..
biasa2 je...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Q Jerit Cepat !


ShoutMix chat widget

Followers Q