SERDANG - Seorang pensyarah tidak menyangka kehadiran kali pertamanya ke Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010 di sini semalam membawa tuah.
Ahmad Udin, 54, pensyarah Pendidikan Islam dari Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan telah dipilih sebagai pengunjung ke 1.5 juta pameran tersebut.
Berikutan itu, dia membawa pulang hadiah tiket penerbangan ke Australia, lima biji nangka gergasi bernilai RM3,000 dan seekor kambing kacukan Boer.
"Saya bertolak tengah malam tadi (kelmarin) dari Kuantan semata-mata untuk melihat kepelbagaian aktiviti di MAHA.
"Belum sempat melawat tapak pameran, saya sudah ditarik oleh ahli jawatankuasa dan diumumkan sebagai pengunjung bertuah," katanya selepas menerima hadiah daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar. - KOSMO
*****
Fuyoo pakcik, cantik anak perempuan pakcik tu. Eh! silap cantik gilerh hadiah yang pakcik menang ni hehe.hehe..hehe... Best gileh la, kalau tahu dapat mcmtu, saya nak pergi la. Siapa tak nak hadiah menarik mcmtu. Yang saya tertarik sekali pd hadiah tu iaitu jeng jeng jeng.. Kambing kacukan Boer haha..haha..haha Ape pasal la ko ni apezs, dalam banyak-banyak hadiah KAMBING itu juga kau nak. Jangan marah kengkawan, saya suka hadiah tu sebabnya mcmane boleh diberikan hadiah tu. Mana datang idea nak kasi kambing tu?
Tak pernah lagi saya mendengar hadiah seekor kambing kepada pemenang. Inilah kali pertama saya dengar. Tahniah sekali lagi kepada pakcik and anak perempuan dia yang comel tu.Ooooops!!.. Sayonara.
No comments:
Post a Comment