About Me

My photo
Cinta bukan terletak pd ucapan yg berulangkali..cinta tidak pernah berubah,cuma insan yg mengubah hatinya..Insan yg menangis kerana cinta bukanlah bererti jiwanya lemah,tetapi itulah diantara bukti sebuah cinta yg hebat dan bukanlah suatu permainan.. Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta krna hakikatnya jodoh e2 bukan ditangan mnusia..atas kasih syg Allah, kau dan dia dipertemukan dan atas limpahan ksihNya jua kau dan dia dipisahkan krna hikmah yg tersembunyi. Prnahkah kau terfikir kebesaranNya??

Tuesday, December 14, 2010

|| Amik Mamposss Kaw ||


Saya tahu dia bersalah kerana merompak, mencuri, meragut, menderhaka, mengemis *eh! leh terima ke yg last tu haha.. Tapi jangan kerana kesalahan yang dia lakukan itu kamu semua turut nak melakukan perkara yang sama. Yeah mmg korang tidak mencuri, merompak, mengemis tetapi korang telah meragut nyawanya tanpa kehendak dariNya.

Kamu semua menjatuhkan hukuman dengan sendiri. Negara kita mempunyai undang² tersendiri. Biar mereka yang menentukan hukuman yang bakal dia hadapi. Walaupun kita ini sekadar membantu untuk menangkap tapi bersubahat jika membelasah golongan mereka sehingga ketitisan nyawa yg terakhir. Ia ibarat membunuh juga.

CUKUP sekadar kita semua menangkap dan menyerahkan mereka kepada pihak yang berkuasa. Kita tiada kuasa untuk menghukum mereka. Kita hanya sekadar tulang belakang dalam membanteras gejala tapi bukan membanteras nyawa manusia. Apa pun yang terjadi nyawa sukar hendak dicari. Berdoalah kita agar anak-anak kita jauh dari gelombang seperti ini. Amin!

Baca ini. Saya tidak memihak kepada sesiapa tetapi pening untuk memikirkan :
*****

PASIR MAS – Tindakan seorang penjenayah mencuri sebuah motosikal mengundang padah apabila dia dibelasah hingga mati oleh sekumpulan 50 penduduk dalam kejadian di Kampung Slow Machang dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 2 petang itu berlaku apabila tindakan suspek berusia 25 tahun yang cuba mencuri sebuah motosikal jenis Honda EX5 disedari pemiliknya.

Suspek yang dapat menghidupkan enjin motosikal kemudian melarikan diri sejauh tiga kilometer dari lokasi dia mencuri sebelum dihalang oleh penduduk.

Dia kemudian dibelasah hingga menyebabkan dia mengalami cedera parah di kepala dan badan. Suspek mati lima jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM).

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati suspek berada keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.
“Sebaik ditahan, suspek telah dibelasah teruk oleh sekumpulan penduduk. Beberapa anggota polis yang ternampak kejadian itu ketika meronda bergegas ke situ untuk meleraikan pergaduhan,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

5 comments:

Khairiz said...

betul tu apez, negara kita mempunyai undang2, x perlu la wat mangsa smpai camtu sekali, lau marah pun, agak2 la.

apezs shah said...

|khai| Kan u, tidak elok jika melakukan perkara yg tidak sepatutnya.

Khairiz said...

tu la pasal..tu namanya tindakan bodoh tu, sampai mati di pukul nya....ni pemikiran yg cetek

apezs shah said...

|khai| mmg pemikiran yang sangat cetek.. kalah air laut..

obat alami tumor lambung said...

makasih banyak gan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Q Jerit Cepat !


ShoutMix chat widget

Followers Q