About Me

My photo
Cinta bukan terletak pd ucapan yg berulangkali..cinta tidak pernah berubah,cuma insan yg mengubah hatinya..Insan yg menangis kerana cinta bukanlah bererti jiwanya lemah,tetapi itulah diantara bukti sebuah cinta yg hebat dan bukanlah suatu permainan.. Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta krna hakikatnya jodoh e2 bukan ditangan mnusia..atas kasih syg Allah, kau dan dia dipertemukan dan atas limpahan ksihNya jua kau dan dia dipisahkan krna hikmah yg tersembunyi. Prnahkah kau terfikir kebesaranNya??
online counter

Monday, November 8, 2010

|| Bab 2 : DUNIA YANG SATU ||


Tajuk : Dunia Yang Satu
Penulis : M. Hafiz 


BAB 2


Setahun sudah berlalu dengan senangnya, Faresh masih tercari-cari siapakah yang bakal bertakhta dihatinya. Setelah sekian lama dia keseorangan selepas putus dengan kekasih hati, yang disangkanya begitu baik serta penyanyang. Walhal dalam diam-diam Faresh telah ditipu serta dimadukan lagi. Waktu memang tidak pernah berhenti untuk berdetik. Segala yang berlaku begitu pantas sekali. Hati Faresh amat terluka dengan sikap dan kejadian yang menimpa dirinya. Baginya itu adalah satu penghinaan yang teramat perit, kasar, jijik dan kotor baginya. Dia telah bersumpah, tidak akan sesekali memaafkan jantan itu seumur hidupnya.

*****

“Kenapa tak mahu cakap dengan sayang abg Ferdy?” sms dihantar ke telefon bimbit Ferdy.


Dalam masa lima minit, Ferdy masih tidak membalas mesej yang dihantar oleh Faresh. Faresh begitu sedih dan murung. Tiada siapa yang tahu didalam hatinya, amat panas menahan kemarahan. Tahap kesabarannya hampir kemuncak, dengan cepat Faresh menghantar mesej yang sama sekali lagi.

 
“Kenapa tak mahu cakap dengan sayang abg Ferdy?” sms dihantar.


“Kau tak Nampak ke aku tengah drive?” balas Ferdy.


Tersentak dada Faresh selepas membuka pesanan ringkas dari Ferdy yang berbahasakan dirinya ‘aku’. Bertambahlah sugul faresh, dia masih tidak berpuas hati dengan mesej yang telah diterima.

“Apa pasal berbahasa ‘aku’ dengan sayang, ha abg Ferdy? Bukan main lagikan berborak dengan adik angkat abg yang duduk sebelah ni. Ingat saya tunggul ke dekat belakang?” dihantar sekali lagi.

Kereta Perodua Viva berwarna hijau muda milik Ferdy menyusur laju ke kawasan petrol pam dan berhenti serta merta. Ferdy keluar dan meninggalkan Faresh serta adik angkatnya tanpa sepatah kata. 30 minit hampir tiba, Faresh merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku. Dia menghubungi talifon bimbit Ferdy. Tiada jawapan yang didapati, kini dia merasa teramat risau dengan kehilangan Ferdy yang terlalu lama. "Kalau abg Ferdy ke tandas kenapa terlalu lama sangat ni?" getus hatinya. Adik angkat Ferdy kelihatan tidak senang duduk juga selepas peninggalan Ferdy yang terlalu lama. Faresh serta adik angkat kepada Ferdy cuba menghubungi serta mencari disetiap kawasan yang berhampiran dengan petrol pam tadi. Masih gagal mencari, masing-masing sudah hampir panik dan ketakutan dengan keadaan ini. Masih dicuba menghubungi talifon bimbit Ferdy berkali-kali, jawapan yang diterima masih gagal dihubungi. Setelah tiga jam menanti, muncul wajah yang amat disayangi oleh Faresh didepan matanya. Teresak-esak dia dan adik angkat Ferdy, sewaktu Ferdy menghidupkan enjin keretanya. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut mereka sepanjang perjalanan pulang ke rumah Presint 11 Putrajaya. Ferdy membelokkan keretanya ke tepi, lalu memberhentikan keretanya di bahu jalan yang bersebelahan dengan perhentian bas.

“Abg sayang sangat dengan kamu berdua. Abg tak boleh hidup tanpa kamu berdua. Entah dimana silapnya abg ini. Abg sanggup memadukan awak Faresh.” Kata Ferdy pada Faresh dan Ary.


“Abg memandukan Faresh??” Faresh membalas dgn nada yang teresak-esak menangis.
 
“Sampai hati abg ferdy memadukan Faresh. Apa salah Faresh terhadap abg, kerana sanggup melakukan semua ini. Kau Ary kenapa selama ini begitu baik terhadap aku? Apa yang aku dah buat terhadap kau? Apa yang kau nak daripada aku?” pekik Faresh kepada mereka berdua.



“Ary bukan sengaja hendak menyembunyikan semua ini dari Faresh, tapi ini semua kemahuan abg Ferdy. Dia tak mahu kehilangan Faresh dalam hidupnya yang disebabkan Ary.” balas Ary.


Hampir setengah jam Ferdy memujuk Faresh , masuk kedalam kereta dan segera pulang kerumah. Faresh tetap dengan perasaannya, tidak mahu sedikit berganjak dari situ. Perasaannya begitu sebak dan teramat sedih pada ketika ini. Dengan berbekalkan doa Al-Fatihah, Faresh tekad untuk bangun dalam menahan kesedihan. Akhirnya mereka bertiga sampai kerumah. Faresh keluar terlebih dahulu dan meninggalkan mereka berdua dibelakang. ”Kenapa, mengapa, bagaimana?” getus dalam perasaan Faresh. Hatinya begitu hiba sehinggakan tidak mempedulikan sesiapa pun yang melihatnya, walaupun dalam keadaan menangis yang teramat sangat  serta serabai. Pintu bilik dibuka dan dihempas dengan sekuat hati.


“Sayang janganlah menangis lagi, bengkak mata tu. Esok kan nak pergi kerja, nanti apa pula orang ofis cakap dengan mata yang sembab tu. Abg Ferdy mohon maaf sangat dengan keadaan yang berlaku sekarang, tiada niat hendak melukai hati sayang.” kata Ferdy kepada Faresh.


“Tiada niat hendak melukai hati sayang, abg cakap? Habis ini apa? Tidak disengajakankah?” pekik Faresh dgn jawapan itu.


Faresh masih lagi menagis dengan sekuat hatinya, kerana baginya kenapa semua ini terjadi kepada dirinya. Yang selama ini dia begitu percayakan kekasih hati ini dengan sepenuh hatinya. Tergamak betul mereka berdua mempermainkan perasaannya. Tapi ia nekad akan meninggalkan mereka.

*****

“Kring...kring...kring” talifon bimbit Faresh berdering. Diangkatnya.

“Assalamuallaikum Faresh” Zaris memulakan perbualan.

“Waalaikummusalam, hye Zaris. Tengah buat apa tu? Kenapa talifon saya?” balas Faresh dengan lembutnya.

“Tak ada apa pun, saja nak hubungi awak. Nak tanya tengah buat apa sekarang ni? Kalau ada masa nak ajak jalan-jalan.” jawab Zaris lagi.

“Nak ajak saya keluar jalan-jalan ke? Buat masa sekarang ni, memang tak ada buat apa-apa pun. Boleh juga kalau nak pergi jalan-jalan. Awak belanja tiada halangan bagi saya.” balas Faresh sambil ketawa kecil dengan jawapan yang dia sendiri berikan.


“Belanja awak takde hal punyalah, perkara kecil saja. Ok nanti saya datang ambil awak pukul 2. Bye” kata Zaris. Talian diputuskan.


Sambil menunggu Zaris datang mengambilnya, dia sempat mengemas rumah yang agak sedikit berselerak. Kini dia juga nekad untuk keluar dari rumah yang banyak kenangan ini. Baginya rumah ini begitu banyak perkara yang membolehkan hari-hari yang dilalui amat perit. Permohonan rumah kerajaan telah dimohon melalui online serta borang yang diluluskan oleh pegawai atasannya. Sekarang hanya perlu menunggu jawapan yang diinginkannya sahaja.


“ I dah sampai kat depan rumah u sayang.” pesanan ringkas yang dihantar oleh Zaris.

Geli hati dan meremang bulu tengkuk Faresh membaca mesej yang dihantar oleh Zaris itu. Faresh menuruni tangga dan tersenyum keseorangan dengan kejadian tadi. Pergerakkan Faresh diperhatikan oleh Zaris didalam kereta. Begitu gembira kelihatan dimuka Zaris dengan perlawaannya diterima oleh Faresh. Faresh hanya berpakaian yang ringkas sahaja petang itu, berseluar pendek serta berbaju ungu bebelang hitam.  Masuk sahaja dalam kereta Zaris, tangan Faresh terus digenggam dengan erat. Faresh tergamam dan menepis tangan Zaris dengan lemah lembut.

“Kenapa sayang? Tidak suka ke?” kata Zaris dengan suara merajuk.

“Saya bukan tak suka, tapi kurang selesa sedikit. Lagi satu janganlah awak panggil saya dengan gelaran sayang tu. Kitakan hanya sekadar kawan, tidak lebih dari itukan.” dibalasnya soalan Zaris.


Tidak dibalas lagi kata-kata Faresh itu, Zaris mengerakkan keretanya dengan membawa hati yang merajuk. Faresh tidak senang duduk dengan keadaan ini, jadi dimulakan dengan perbualaan terlebih dahulu. Tapi hampa perbualannya tadi tidak berjawab oleh Zaris. Faresh dengan senang hati memujuk Zaris dengan ayat-ayat manis. Akhirnya Zaris termakan pujuk oleh Faresh, seronok melihat telatah Zaris Faresh rasakan. Masih ada segolongan manusia yang ingin mengasihi atau ingin dicintai olehnya. Cuma dia merasakan waktu ini masih tidak sesuai untuk dirinya dilamun cinta.

Akhirnya sudah sampai disatu tempat yang amat-amat indah, dirasakan waktu sebegini. Zaris melabuhkan punggung diatas kerusi taman, yang berlatarkan kehijauan ciptaanNya. Meraka berdua berada di Taman Botani Putrajaya. Sepanjang perjalanan mereka ke sini Zaris hanya berdiam sahaja jika Faresh bertanyakan kemana arah tuju sebenar. Kini baru Faresh tahu, inilah tempat yang dirahsiakan sangat-sangat. Memang teruja kerana belum pernah Faresh menjejaki kakinya kesitu lagi, semenjak hampir setahun berada di Putrajaya. Perbualan mereka banyak diperdengarkan. Faresh menyoal tentang latar belakang Zaris, kemudian Zaris tidak mahu megalah. Turut serta bertanyakan tentang diri Faresh, ingin dikorek sehabis mungkin identiti Faresh. Tapi Faresh pantas menepis soalan-soalan yang agak sensitif baginya.

“Faresh orang mana?” Zaris bertanya lagi kepada Faresh.

“Saya orang Perak. Don’t ask me, Perak is big but where the specific Perak?” balas Faresh sambil ketawa kecil.
 
“Eh, macam tahu saja saya nak bertanya. Awak ni nujum pak belalang ye” dibalas dan mengikut ketawa Faresh.


“Tengahari tadi awak dah makan?” soal Zaris.

“Belum lagi, saya ingat nak makan waktu keluar ni. Yelah awak kata nak belanja saya kan. Where your promise?” jawab Faresh.

“Oh yelah saya lupa pula. Ok kalau macam itu kita gerak sekarang. Awak nak makan dimana? Saya ikut awak saja. Don’t tell me u just follow me.” Zaris mengajuk Faresh.

“Eh dia ni, nak kena sebiji dimata tu ye. Pandai awak kenakan saya balik.” Faresh tersenyum dan berlalu pergi meninggalkan Zaris dibelakang.

“Oooo awak lari tinggalkan saya ye. Saya boleh kejar awaklah.” Zaris terjerit-jerit dibelakang yang telah ditinggalkan.

Berlalu mereka dari Taman Botani Putrajaya, menuju dengan haluan ke Seri Teja Foodcourt Presint 9. Faresh memilih nasi ayam berempah menjadi menu makan tengaharinya yang sudah terlewat. Zaris dengan air jus kiwi serta nasi goreng paprik. Mereka berdua menjamu selera tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Sambil menyuap ke mulut masing-masing, soalan tetap akan diacukan diantara mereka. Masih disitu sehingga ke waktu magrib, dalam tidak sedar waktu berputar. Mereka bangun dan beransur pulang, Zaris menghantar Faresh kerumahnya di Presint 11.


6 comments:

Nieza Micha said...

errr... kekeliruan ckit... faresh tuh perempuan ke laki...????

apezs shah said...

Hehe apa yang dikelirukan cik Nieza.. Faresh tu lelaki juga.. semua watak lelaki. Tadi kata FAHAM..;)

Nieza Micha said...

errr... ni cite pasal gay ke...? haha!~

apezs shah said...

|nieza| haha kan I dah cakap.. pasti u terkejut.. Nie dunia sonseng yg I kutip.. I adaptasikan dr kesah dia haha.. boleh?

Linlin said...

bila mau smbung

apezs shah said...

|Nil| Mmg nak sambung tapi tula sekrg busy ngan show. xsempat nak menulis. sikit2 aje. insyallah bakal menyusul.. thanks sudi baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Q Jerit Cepat !


ShoutMix chat widget

Followers Q