Vitamin yang popular masa kini yang terhangat di pasaran diperkatakan didalam akhbar dan majalah dan lebih terkenal kerana dikatakan suntikan nya boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin . Adakah benar begitu ?? atau sekadar khayalan ….
Vitamin C adalah vitamin larut air juga di kenali sebagai Ascorbic Acid
Ia amat diperlukan oleh badan manusia kerana ia tidak boleh dibina secara semulajadi oleh badan manusia , oleh itu ia perlu diambil secara oral atau suntikan .
Vitamin C dari sumber semulajadi ( dari makanan ) ataupun yang di sintesis ( L – Ascorbic Acid) adalah sama secara kimianya dari segi fungsi didalam tubuh badan manusia untuk keperluan fungsi biokimia badan.
Kekurangan vitamin C didalam badan akan menyebabkan penyakit yang dinamakan SCURVI yang banyak dihidapi oleh pelaut-pelaut pada masa dahulu kerana pemakanan mereka yang tidak mengandungi vitamin C.
Fungsi Vitamin C :
- Diperlukan dalam penghasilan Kolagen ( Collagen ) semulajadi badan , di mana kolagen ini amat penting sebagai struktur utama komponen dalam saluran darah , tendon, ligaments , tulang , gigi ,rambut dan kulit
- Penting untuk penghasilan bahan neurotransmitter & hormone norepinephrine , di mana bahan – bahan ini amat kritikal didalam fungsi otak & saraf manusia .
- Sebagai bahan ANTIOKSIDA didalam tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke , barah dsbgnya. Radikal bebas ini terhasil secara semulajadi didalam tubuh kerana proses-proses biokimia didalam badan dan juga disebabkan oleh faktor luaran seperti pencemaran ( air, udara , makanan) , stress, toxin , pancaran sinar ultra ungu ( UV light ) dari matahari dsbgnya
- Membantu untuk mengaktifkan agen –agen antioksida yang lain didalam tubuh seperti Vitamin E , Glutathione dsbgnya
- Untuk sintesis bahan yang dipanggil L-Carnitine yang bertanggungjawab memindahkan molekul lemak kedalam sel-sel yang lain untuk menjana tenaga tubuh dan pembinaan otot –otot badan.
- Membantu dalam metabolisme kolesterol didalam badan untuk membentuk asid hempedu ( Bile Acids) oleh itu ia membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dan mencegah batu karang didalam pundi hempedu ( Gall Stone )
- Sebagai coenzyme didalam tubuh badan yang membantu dalam proses biokimia menjadikan bahan proline dan lysine kepada Hydroxyproline dan Hydroxylysine sebagai struktur asas untuk pembinaan kolagen
Faedah – faedah kesihatan Vitamin C :
- Mengekalkan integrity tisu badan seperti kulit , lapisan mukosa oleh itu membuatkan kulit menjadi lebih licin, tegang , cerah & berseri , membantu menghilangkan kesan –kesan jeragat dan bintik hitam pada kulit disebabkan terdedah pada cahaya matahari.
- Membantu dalam proses penyembuhan luka pada kulit dan lapisan mukosa tubuh (mulut, paru-paru & system gastrousus )
- Menjaga keutuhan system saluran darah dan mencegah pegerasan saluran darah oleh itu membantu mencegah penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung koronari ,stroke (angin ahmar), kerosakan buah pinggang dsbgnya
- Membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah oleh itu mencegah penyakit seperti sakit jantung koronari , darah tinggi , stroke dsbg
- Membantu dalam mencegah penyakit barah ( kanser) dengan fungsinya sebagai bahan antioksida yang meneutralkan radikal bebas & mencegah kerosakan sel-sel tubuh yang boleh menyebabkan kanser.
- Membantu dalam proses detoksifikasi bahan –bahan pencemar didalam badan seperti bahan logam berat ( Plumbum,raksa & arsenic)
- Meningkat tenaga & mencegah rasa keletihan yang melampau disebabkan Stress , Pemakanan , Pencemaran persekitaran
- Mencegah penyakit SCURVI & membantu mengurangkan tahap penyakit(severity) demam ,batuk & seisema ( Upper Respiratory tract infection)
Kesan Sampingan
- Diarrhoea - hanya jika dos terlalu tinggi diambil melalui mulut ( oral)
- Suntikan – sakit & pedih pada tempat suntikan jika disuntik tidak dalam saluran darah
- Secara amnya Vitamin C yang diambil tidak memberikan kesan sampingan yang buruk walaupun pada dos yang tinggi, malahan terdapat banyak kajian yang dijalankan oleh para saintis yang menunjukkan vitamin C pada dos yang tinggi tidak merbahaya dan baik untuk kesihatan
Orang yang dicadangkan tidak mengambil suntikan Vitamin C :
- Kanak –kanak umur kurang dari 15 tahun
- Wanita yang mengandung
- Pesakit Buah pinggang yang memerlukan rawatan Haemodialysis
No comments:
Post a Comment